Mimi Lana kena kecam hebat dengan netizen

Mimi Lana kena kecam hebat dengan netizen

Pelakon, Mimi Lana telah menjadi mangsa kecaman dan hentaman netizen di media sosial gara-gara memuatnaik gambar yang didakwa menjolok mata yang melihatnya.

Ia berlaku apabila pelakon ini telah memuatnaik gambar dirinya ketika melakukan aktiviti senaman di gym dengan hanya memakai pakaian dalam sukan (sport bra).

Mimi yang turut menulis kapsyen, jangan menghitung hari, buat hari yang dihitung,” tulis Mimi.

Menurut netizen, ada mendakwa Mimi seakan tidak malu dengan dirinya apabila sanggup mendedahkan aurat kepada orang ramai, dengan menayangkan bahagian badannya yang kelihatan terdedah.

“Tak malu ke siak?, ingat perempuan je ke ada insta? tak malu ke lelaki tengok atau rakan artis ke, memang tak ada rasa malu dah manusia akhir dunia ni

“Tak malu dengan manusia malu la dengan Allah..kita islam,” komen netizen.

Difahamkan, Mimi kini sedang menghitung hari untuk menunggu detik bahagia buatnya apabila bakal berkahwin dengan pelakon Syafiq Kyle tidak lama lagi.

Meskipun begitu, pasangan ini belum mengumumkan tarikh sebenar pernikahan mereka kepada peminat mahupun pihak media.

Ekoran daripada itu, netizen memintanya agar menjaga aurat serta tidak terlalu seksi kerana ia merupakan aurat bagi golongan wanita.

“Sejak nak kahwin nie makin seksi, tolong aurat jaga,” komen netizen lagi. Wy

Mimi Lana kena kecam hebat dengan netizen

hr />

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker