Pandai suruh orang rehat, patut pemimpin PH yang dah kena dakwa cuti dulu

Sebaran :

Pandai suruh orang rehat, patut pemimpin PH yang dah kena dakwa cuti dulu

DI negeri-negeri di bawah Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, bukan tidak ada anggota Exco yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Di Melaka dan Perak ketika di bawah PH misalnya, ada anggota pentadbiran yang pernah diintai SPRM.

Namun tidak pula kedengaran menyuruh Ketua Menteri atau Menteri Besar negeri terbabit bercuti rehat sementara menunggu siasatan selesai.

Bahkan, ada ketua kerajaan di negeri dikuasai PH sendiri yang disiasat. Paling terkenal tentulah Lim Guan Eng dan rumah banglonya.

Kes itu memasuki fasa pendakwaan dan perbicaraan sebelum pihak timbalan pendakwa raya menarik balik kes itu kemudiannya.

Ikutkan, ketika siasatan, malah ketika pendakwaan pun Guan Eng masih menjawat jawatannya seperti biasa dengan pelbagai alasan.

Bukan itu sahaja, Guan Eng juga dilantik Menteri Kewangan selepas PH menawan Putrajaya tanpa pun menunggu kesnya di mahkamah selesai.

Begitu juga isu-isu lain membabitkan pegawai kanan menteri termasuk yang bertaraf Setiausaha Politik ketika PH menguasai Putrajaya.

Bukan tiada yang disiasat atau dikaitkan dengan salah laku tetapi tidak pula bos mereka iaitu menteri berkenaan digesa cuti rehat.

Sebab itu, menghairankan alih-alih PH menerusi satu kenyataan hari ini menggesa pula Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berehat sementara.

Ini susulan penahananan reman tiga pegawai SPRM kerana disiasat terlibat salah laku dalam siasatan kes seorang individu berprofil tinggi.

Siasatlah sedalam-dalamnya kerana inilah dimahukan rakyat Malaysia tak kira siapa yang memerintah. Malah Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga membentuk kertas inkuiri kes tersebut.

Cuma geleng kepala dengan kelaku ketua-ketua parti PH yang cukup cekap memberi cadangan apabila melibatkan pihak lain.

Namun, apabila terkena batang hidung sendiri, lain pula ceritanya.

Sedangkan dalam mengangkat integriti, PH harus tegas menjunjung prinsip tanpa mengira siapa sama ada keluarga orang atau keluarga sendiri.

Mungkin yang ada kes rasuah di mahkamah boleh mula dulu dengan bercuti daripada jawatan parti.

Barulah orang putih kata walk the talk atau tidaklah jadi ‘cakap tak serupa bikin’. Utv

Pandai suruh orang rehat, patut pemimpin PH yang dah kena dakwa cuti dulu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal


Sebaran :

Leave a Reply