Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak – Rita

Sebaran :

Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak – Rita

“Cuba hang pikiaq sendiri.. Duduk diam-diam. Pikiaq dalam-dalam.. Hang pon lagi berumuq dari cheq kan..

“Tapi orang berumuq ni tak semua matang sebenaqnya… Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak..

“Tolonglah… Bila aku ingatkan hang, hang tuduh aku sombong… Tang mana yang aku sombong?? Aku pon tak fahamlah cara pikiaq hang ni..

“Hang mesti tak suka kalau orang cuit hangkan.. Jadi?? Apa salah aku dekat hang? MEMANG HANG SAKIT!”

Demikian kenyataan pelakon, Rita Rudaini berang apabila namanya dipetik oleh penerbit teater, Siti Rohaya Attan mengenai isu vaksin yang hangat diperbincangkan.

Menurut Rita, jawapan balas itu dibuat apabila Siti Rohaya yang lebih mesra dengan sapaan Kak Roy memetik namanya dan memuat naik status di akaun Facebook baru-baru ini.

Kata Rita, selaku individu yang lebih matang daripadanya, status berkenaan tidak seharusnya dikongsikan kepada umum terutama di media sosial.

Tambah Rita, dia lebih rela dituduh ‘bengap’ daripada hidup tanpa mengganggu pihak lain.

“Kalau hang kata aku bengap.. Bengap-bengap aku pun, aku tak kacau hidup orang oii… Hang tu dah tua-tua banyak istifar noh.. Makin tua makin galak ber’FB’…

“”Mengalahkan orang muda.. Hang nak main Facebook ka, TikTok ka, tapi tak payahlah mengata orang yang tak ada ganggu hidup hang pun.. Baik bengap dari ‘Sakit’.. Dah tua-tua saiko!” tambah Rita. Wy

Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak – Rita


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal


Sebaran :

Leave a Reply