Wajah Uqasha dah macam Sajat

Wajah Uqasha dah macam Sajat

Pelakon, Uqasha Senrose sekali lagi telah menjadi ‘bahan’ serta kecaman netizen di media sosial akibat berkongsikan gambar dirinya di media sosial.

Difahamkan, netizen terpanggil untuk memberikan kecaman terhadap gambar tersebut kerana didakwa telah memakai solekan yang keterlaluan.

Ekoran daripada solekan tersebut, ia telah mengubah rupa paras asli pelakon ini berbanding wajah sebenarnya yang dilihat lebih manis.

Uqasha yang turut menulis kapsyen di Instagram ”Terus menyebarkan positif ke mana sahaja anda pergi. Selamat pagi dan selamat bekerja”.

Selain itu, Uqasha Senrose atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, menjadi ‘bahan’ gurauan oleh netizen di media sosial kerana mereka telah menyamakan pelakon ini dengan seorang usahawan kosmetik iaitu Nur Sajat.

Menjengah diruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata telah memberikan komen yang mengecam solekan pada wajahnya itu.

“Sekali imbas macam Sajat

“Maaf ingatkan Sajat tadi. Silap sebab tengok seimbas saja, tilik punya tilik baru dapat kesan Uqasha

“Siapa la MUA dia ni, sampai hati makeup begini, ada iras-iras Sajat @ Bella hmmm

“bedak 1 kilo memang lawa lah cuba tak ada bedak,” komen netizen. Wy

Wajah Uqasha dah macam Sajat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker