AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China

AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China

Malaysia perlu dilihat berkecuali, dan tidak berpihak kepada mana-mana kuasa besar berhubung kontroversi Pakatan tiga hala AUKUS, kata Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan (JKPH).

Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa itu berkata, cadangan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Rabu yang mahu mendapatkan pandangan China telah menimbulkan persepsi terhadap pendirian Malaysia.



Menurut kenyataan itu lagi, persepsi yang ditimbulkan seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.

“Cadangan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada hari Rabu berkenaan lawatan kerja ke China bagi membincangkan pakatan AUKUS (Australia,United Kingdom, dan Amerika Syarikat) dilihat agak aneh dan menimbulkan persepsi seolah-olah Malaysia menerima arahan daripada China.

“Beliau berkata – Kita (Malaysia) perlu mendapat pandangan kepimpinan China, khususnya dalam aspek pertahanan, berhubung AUKUS,” menurut jawatankuasa itu lagi.

JKPH berkata mereka telah menzahirkan kebimbangan bahawa perjanjian itu telah meningkatkan suhu geopolitik di rantau ini.



Kerajaan Indonesia juga berkongsi pendirian yang sama.

Biarpun pendirian rasmi kerajaan Malaysia — seperti yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Menteri Luar Negeri, dan Menteri Pertahanan yang menyatakan kebimbangan bahawa AUKUS bakal mencetuskan persaingan senjata di rantau ini adalah selari dengan pendirian Pakatan Harapan — jawatankuasa itu berkata, kenyataan Hishammuddin adalah salah sama sekali.

“Malaysia dipandu oleh Kertas Putih Pertahanannya yang telah diluluskan di Parlimen secara dwipartisan pada 2 Disember 2019.

“Salah satu daripada lima prinsip asas pertahanan yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan adalah ‘Keneutralan aktivis’ iaitu ‘mengamalkan dasar berkecuali dan mempromosikan kerjasama dengan memberi penekanan terhadap keterangkuman dan perkongsian kemakmuran, seiring dengan perkongsian keselamatan dan perkongsian identiti’,” menurut kenyataan itu lagi.



JKPH berkata, keneutralan aktivis tidak bermaksud Malaysia berpeluk tubuh apabila ada percubaan untuk menjejaskan kedaulatan negara dan sikapnya untuk berkecuali.

Malaysia, tegas jawatankuasa itu lagi, seharusnya bersuara lantang terhadap kuasa Barat sekiranya berlakunya persaingan senjata di rantau ini.

“Pada masa yang sama, Malaysia juga perlu mempengaruhi China secara aktif supaya menghormati kedaulatan negara-negara serantau, serta peranan ASEAN di rantau ini.

“Kita tidak boleh dilihat memihak dan memberi gambaran bahawa Malaysia menerima arahan daripada mana-mana pihak,” menurut kenyataan itu lagi.-Awani



AUKUS: PH persoal tujuan Hishammuddin mahu dapatkan pandangan China


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Laluan di MRR2 tutup 6 bulan

Lori ‘mabuk’, pemandu positif dadah rupanya

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker