Laluan di MRR2 tutup 6 bulan

Laluan di MRR2 tutup 6 bulan

Beberapa laluan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) akan ditutup sementara selama enam bulan untuk melindungi pengguna jalan raya sepanjang tempoh pembinaan struktur jambatan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Penutupan bermula 24 September hingga 10 Disember itu membabitkan laluan sejauh 2km antara persimpangan Persiaran Mewah dan laluan keluar ke pekan Sungai Besi.



Timbalan Pengurus Besar SUKE Zarulazam Eusofe berkata, langkah itu perlu dilakukan untuk mengasingkan kawasan pembinaan daripada pengguna jalan raya demi keselamatan mereka memandangkan ia membabitkan kerja mengangkat struktur yang berat.

Katanya, ini bagi mengurangkan risiko dan mengelakkan daripada berlakunya insiden membabitkan aktiviti pembinaan yang menjadi isu sebelum ini.

“Sepanjang tempoh pembinaan, kedua-dua pusingan U berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan tiga laluan MRR2 menghala Sungai Besi akan ditutup,” katanya.

Penutupan dan pengalihan laluan itu telah mendapat kelulusan Kementerian Kerja Raya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).



Sebanyak 11 struktur tiang akan dibina sepanjang tempoh enam bulan itu termasuk kerja konkrit, pemasangan tiang rasuk dan dinding parapet melintasi MRR2.

Sepanjang penutupan itu juga, aliran kontra dua lorong akan dibuka di sepanjang laluan menghala ke Ulu Kelang sementara pengguna menuju ke Ulu Kelang akan dialihkan ke laluan TBS.

Pasukan tindak balas kecemasan dan polis bantuan akan bertugas untuk mengawal aliran trafik dan menangani sebarang insiden dengan berada di lokasi selama 24 jam.

Bermula 11 Disember hingga 10 Mac, laluan aliran kontra itu akan dikurangkan kepada satu lorong sebaik kerja pembinaan beralih ke fasa kedua.



Penutupan laluan dan aliran kontra itu dijangka akan menyebabkan kesesakan trafik dan menambah waktu perjalanan pengguna sehingga 30 minit ketika waktu puncak.

Prolintas mengganggarkan terdapat sekitar 120,000 pengguna akan terjejas akibat penutupan jalan itu membabitkan 48,000 yang menghala ke Ulu Kelang dan 72,000 menuju ke Sungai Besi setiap hari.

“SUKE ingin menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan mereka bagi mengelakkan sebarang tidak keselesaan.

“Mereka yang menuju ke Ulu Kelang dari Lebuhraya Kesas boleh menggunakan Exit 516, Sri Petaling, menuju ke Kuala Lumpur sebagai laluan alternatif.”



Sebaik siap pembinaannya, Lebuhraya SUKE dijangka dapat mengurangkan sehingga sekurang-kurangnya 30% masalah kesesakan di MRR2, khususnya di kawasan padat penduduk seperti Cheras, Pandan Indah dan Ampang.

Bermula di Sri Petaling dan berakhir di Ulu Kelang, SUKE akan menghubungkan, antara lain, beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya). FMT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker