9,000 kedai kahwin gulung tikar

9,000 kedai kahwin gulung tikar

Kira-kira 9,000 pengusaha majlis perkahwinan berisiko gulung tikar peng­hujung tahun ini sekiranya tiada sebarang ketetapan daripada kerajaan bagi membenarkan industri tersebut beroperasi dalam masa terdekat.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM), Zarinah Mohideen berkata, jangkaan itu dibuat selepas 6,000 pengusaha perkahwinan terpaksa menutup operasi mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Sebelum ini, terdapat lebih 10,000 pengusaha perkahwinan di Malaysia, namun ketika PKP lalu, hampir 60 peratus daripadanya terpaksa gulung tikar berikutan tidak mampu bertahan selepas kerajaan melarang majlis seumpama itu diadakan.

“Jadi, kami andaikan, jika keadaan itu berterusan ekoran tiada ketetapan terkini berhubung majlis perkahwinan, 90 peratus atau 9,000 pengusaha bakal le­nyap,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Susulan itu, Zarinah memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mempertimbangkan pembukaan semula sektor majlis perkahwinan memandangkan banyak industri sosial mula dibenarkan kini.

“Tahun lalu, industri perkahwinan kerugian hampir RM10 bilion, jika larangan operasi terus dilaksanakan, kemungkinan ia akan terus lenyap sekali gus memusnahkan punca pendapatan lebih 200,000 pekerja.

“Kami juga sedia patuh segala prosedur operasi standard se­perti pastikan setiap pekerja lengkap divaksin serta menjalankan ujian saringan Covid-19 setiap minggu jika majlis perkahwinan dibenarkan,” rayunya.

Dalam pada itu, pemilik Ani Catering & Wedding Planner, Che’ Rohani Yusof turut me­rayu agar industri perkahwinan dibenarkan beroperasi Oktober depan selaras dengan peralihan ke fasa endemik.

“Sejak dua tahun lalu, saya kerugian hampir RM8 juta selepas tidak boleh menjalankan sebarang aktiviti perniagaan selain perlu membayar balik deposit kepada pelanggan,” ujarnya. HM

9,000 kedai kahwin gulung tikar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker