Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing

Sebaran :

Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing

Busy sikit hari ini.

Sepanjang hari ada urusan kebajikan untuk penduduk kampung.

Ramai hidup susah akibat kehilangan kerja dan kekurangan dari segi pendapatan sejak Covid-19 melanda.

Saya cuba bantu apa yang boleh ikut kemampuan sebagai ahli Parlimen.

Sebentar tadi pula saya berada di Kedutaan Qatar.

Saya berbesar hati dapat bertemu dengan beberapa perwakilan asing dari kalangan Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Duta Besar Qatar ke Malaysia TYT Fahad Mohammed Kafoud yang menjadi tuan rumah malam ini.

Bersama tadi juga ialah TYT Thamer Abdalla Mohammad Adwan (Jordan), TYT Sheikh Al-Abbas Ibrahim Hamed Al Harthi (Oman), TYT George Bitar Ghanem (Lebanon), TYT Walid Abu Ali (Palestin), TYT Dr. Moheb Rahman Spinghar (Afghanistan), TYT Roland Galharague (Perancis) dan TYT Amna Baloch (Pakistan).

Banyak yang kami bincangkan dan berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa.

Saya berharap hubungan Malaysia dengan negara-negara luar akan bertambah erat dan kukuh.

Hanya melalui persaudaraan dan hubungan baik yang terjalin akan dapat memudahkan kerjasama ekonomi, pelaburan dan perdagangan yang akhirnya membawa manfaat kepada rakyat.
NAJIB RAZAK

Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat


Sebaran :

Leave a Reply