Presiden UMNO Akui Berdepan Sasaran Propaganda Politik, Terus Kuat Berdepan Ujian

Sebaran :

Presiden UMNO Akui Berdepan Sasaran Propaganda Politik, Terus Kuat Berdepan Ujian

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui bahawa beliau berdepan dengan sasaran propaganda ganda politik namun bersyukur kerana terus kuat berdepan pelbagai ujian.

Katanya, bukannya rahsia terlalu banyak ujian dan cabaran yang terpaksa ditempuhi sejak kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Berdepan sasaran propaganda lawan politik kerana saya merupakan Timbalan Perdana Menteri (TPM) ketika itu.

“Terus menjadi sasaran propaganda mereka kerana saya Presiden UMNO yang seterusnya yang dilantik secara demokratik.

“Syukur ke hadrat Allah S.W.T memberi segenap kekuatan untuk diri berdepan segala ujian dan liku tersebut,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal terbabit menerusi laman facebooknya.

Ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), ramai bertanya bagaimana menghadapinya dan bagaimana mengendali cabaran demi cabaran serta tekanan maha hebat?

Dalam hal ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memaklumkan berkaitan hal terbabit.

“Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada semua yang bertanya. Insya-Allah,” katanya.

Berikut ialah perkongsian beliau:

Pertama, sentiasa bersikap rasional dalam berdepan sesuatu perkara dengan melakukan penelitian dan pemerhatian secara mendalam.

Kedua, jangan mudah terpengaruh dengan emosi sebaliknya mengunakan akal anugerah Tuhan untuk mengkaji dan menganalisa keadaan.

Ketiga, kurangkan mengeluh, merungut, merintih dan lebihkan tindakan. “Actions speak louder than words”.

Keempat, melihat sesuatu yang menimpa adalah sebahagian ujian kehidupan yang perlu ditempuhi.

Kelima, meyakini ada hikmah oleh Allah S.W.T disebalik setiap perkara yang berlaku.

Keenam, meyakini kebatilan tidak sesekali mengatasi kebenaran dan masa akan memperlihatkannya.

Ketujuh, menyedari dalam hidup ini ada lebih banyak yang baik daripada yang buruk.

Kelapan, sentiasa bersedia memaafkan kerana tiada manfaat dendam kepada diri dan orang lain.
Dan yang paling penting selalulah bersujud memohon pertolongan serta panduan daripada Allah S.W.T. Umno Online

Presiden UMNO Akui Berdepan Sasaran Propaganda Politik, Terus Kuat Berdepan Ujian


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat


Sebaran :

Leave a Reply