Pesawat Citilink mendarat cemas, kanak-kanak buka pintu kecemasan

Pesawat Citilink mendarat cemas, kanak-kanak buka pintu kecemasan

Pesawat Citilink QG944 dari Jakarta ke Batam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II, Palembang, Sumatera Selatan, kelmarin.

Naib Presiden Kesetiausahaan dan Tanggungjawab Sosial Korporat PT Citilink Indonesia, Diah Suryani berkata, tindakan itu dilakukan selepas seorang penumpang kanak-kanak cuba membuka pintu kecemasan.

“Kita menerima maklumat kejadian disebabkan penumpang kanak-kanak melepaskan penutup pelindung tuas pintu kecemasan,” katanya di sini semalam seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Menurut beliau, anak kapal memaklumkan perkara itu kepada kapten pesawat dan pendaratan cemas dilakukan bagi memeriksa secara teknikal keadaan pesawat agar dipastikan selamat.

Selepas mendarat di Palembang, ibu bapa kepada kanak-kanak itu diminta memberi keterangan oleh kru kabin.

“Mereka juga disoal siasat pihak berkuasa keselamatan,” kata Diah.

Beberapa jam kemudian, pesawat itu dibenarkan untuk meneruskan penerbangan ke Batam.

Diah memberitahu, Citilink dibenarkan membawa penumpang kanak-kanak atas kebenaran Pasukan Petugas Covid-19.

“Operasi penerbangan Citilink berjalan seperti biasa dan penumpang berada dalam keadaan baik,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Angkasa Pura II, Tommy Arisdianto berkata, ada beberapa penumpang yang tidak mahu meneruskan perjalanan ke Batam.

“Ada empat orang dewasa dan dua kanak-kanak yang menunda penerbangan mereka, esok mungkin diurus pihak penerbangan,” katanya seperti dilaporkan Antara. Utusan

Pesawat Citilink mendarat cemas, kanak-kanak buka pintu kecemasan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker