Bunyi dentuman, macam letupan, 3 maut

Bunyi dentuman, macam letupan, 3 maut

JOHOR BAHRU – Lima sekeluarga yang sedang tidur dalam sebuah rumah di Jalan Rumbia 3, Taman Daya di sini, cemas apabila pagar rumah mereka dirempuh sebuah kereta Proton Waja dalam kejadian kemalangan awal pagi semalam.

Juruteknik sebuah kilang, Muhamad Akmal Mohd. Noh, 27, berkata, ketika kejadian dia, bapa serta ibu mentua sedang nye­nyak tidur di rumah, manakala isterinya sedang menjaga anak yang baru lahir.



“Isteri saya kejutkan saya sebab ada bunyi dentuman kuat di luar rumah, ingat letupan apa ke, bila keluar saya tengok ada kereta rempuh pagar rumah.

“Saya tengok ada lima lelaki dalam kereta Proton Waja itu, ada yang tersepit dan ada yang mengerang kesakitan, saya tak boleh buat apa, cuma telefon talian kecemasan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dan cedera dalam kemalangan di Taman Daya, Johor Bahru semalam.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, tiga lelaki maut dan dua lagi rakannya cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka me­langgar sebuah kereta Perodua Kelisa yang diparkir tepi jalan di Jalan Daya, Taman Daya di sini.



Kenderaan itu kemudiannya terbabas lalu melanggar sebatang pokok sebelum merempuh pagar rumah yang didiami lima sekeluarga terbabit.

Tiga mangsa yang maut ialah R. Vimalan, 21; A. M. Sharven, 21, dan seorang lagi lelaki ber­usia ­20-an, manakala mangsa yang cedera parah pula dikenali sebagai S. Me­s­hen Kumar, 21, dan P. Agilan, 22.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat yang mengesahkan keja­dian itu berkata, punca kejadian masih disiasat. K Online

Bunyi dentuman, macam letupan, 3 maut




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker