Najib Disalahkan i-Citra Belum Dinaikkan ke RM10ribu

Oleh Nurul Aisyah

SEPATUTNYA semua pihak sedar bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak bukan Menteri Kewangan atau pun Perdana Menteri ketika ini. Oleh itu, tindakan rakyat yang menyalahkan DSN apabila had pengeluaran i-Citra belum dinaikkan dari RM5,000 ke RM10,000 dilihat agak lucu.

DSN antara individu terawal yang menyarankan skim i-Lestari. Malah beliau juga yang mendesak kerajaan supaya menghapuskan semua syarat pengeluaran skim i-Sinar (KWSP) dengan segera. Menurut DSN, kerajaan sepatutnya melaksanakan skim itu sama seperti skim i-Lestari yang diperkenalkan sebelum ini.

Ketika itu DSN diserang bertalu-talu oleh jentera kerajaan PN termasuk JKOM hanya kerana beliau mendesak syarat pengeluaran i-Sinar dihapuskan.

Beliau seterusnya meminta kerajaan menaikkan pengeluaran wang KWSP menerusi skim i-Citra kepada RM10,000 dengan syarat kerajaan bersungguh menaikkan semula aset KWSP dengan memberi lebih banyak peluang perniagaaan kepada syarikat milik KWSP.

Kerajaan sedang memperhalusi dan mengkaji secara menyeluruh cadangan menaikkan had pengeluaran kemudahan i-Citra menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mereka belum meluluskan lagi. Kini DSN pula yang disalahkan sebab had pengeluaran i-Citra belum dinaikkan dari RM5,000 ke RM10,000 walaupun beliau bukan Menteri Kewangan ataupun PM? n.

Dua minggu lalu DSN sarankan sekali lagi agar i-Citra dinaikkan ke RM10,000 dalam perbahasan Dewan Rakyat. Malah minggu lepas selepas dilawat Ketua Pemuda UMNO, CEO KWSP bersetuju membawa cadangan ini ke Menteri Kewangan untuk diluluskan.

DSN berjanji petang nanti beliau akan sebut sekali lagi dalam perbahasan berhubung RMK12.
Tapi fokus beliau akan lebih kepada mencari jalan dengan memberi cadangan-cadangan untuk kerajaan pulihkan simpanan-simpanan Rakyat dalam KWSP serta cara-cara kerajaan boleh bantu Rakyat membina kekayaan peribadi.

Dalam bab ekonomi, DSN sentiasa memberi idea-idea yang sangat bernas untuk memulihkan taraf hidup rakyat yang menurun dengan terlalu drastik akibat pandemik covid 19 dan salah tadbir kerajaan PH dan kerajaan PN.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker