Putrajaya perhalusi cadangan skim pencen baharu – Ismail



Sebaran :

Putrajaya perhalusi cadangan skim pencen baharu – Ismail

Kerajaan sedang memperhalusi cadangan skim persaraan baharu perkhidmatan awam bagi memastikan perbelanjaan kerajaan dapat dioptimumkan dalam jangka masa panjang, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam jawapan bertulis yang dimuat naik dalam laman sesawang Parlimen Malaysia, Ismail mengunjurkan pembayaran pencen menjelang 2030 dianggarkan berjumlah RM46.6 bilion, peningkatan ketara berbanding RM26.38 bilion yang direkodkan pada 2020.

Jumlah berkenaan membabitkan perbelanjaan faedah persaraan termasuk pencen perkhidmatan, ganjaran perkhidmatan dan “award” wang tunai gantian cuti rehat, jelasnya.



“Kerajaan sedang memperhalusi skim baharu ini bagi memastikan ia akan mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan dalam jangka masa panjang dan pada masa sama memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terjamin,” katanya.

Perdana Menteri menjawab pertanyaan Wong Hin Wai (PH-Bukit Bendera) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah pembayaran pencen mengikut perundangan pencen dan unjuran bagi 2030, selain usaha kerajaan untuk menghadapi peningkatan pembayaran pencen bagi tahun akan datang. FMT

Putrajaya perhalusi cadangan skim pencen baharu – Ismail


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li


Sebaran :


Leave a Reply