Kenapa Zeti Sibuk Beri “Amaran” kepada TH Sedangkan TH Bukan Bawah Pemantauan BNM

Oleh Nurul Aisyah

Pandai Kanda Jahid Alih Pandang Konspirasi Bank Terhadap TH - Malay Oh Malay

Propaganda Tabung Haji dalam bahaya dan bakal bankrap sebenarnya bermula dengan surat amaran dari bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti kepada Tabung Haji yang “terbongkar” pada akhir tahun 2015. “Jan 2016: Tabung Haji Tak Mampu Bayar – Zeti Memberi Amaran Salah Tadbir Urus

Zeti ini pula terkait dengan skandal isu wang 1MDB di Akaun suami Zeti di Singapura. Sebuah portal my-news.online mempersoalkan bagaimana orang ada skandal seawal tahun 2015 diketahui di Malaysia seperti dilaporkan media Singapura tapi masih dilantik menjadi Counsil of Eminent dan menguruskan wang milik rakyat di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Mengapa Zeti dari Bank Negara sibuk untuk beri “amaran” kepada Tabung Haji sedangkan Tabung Haji bukan dibawah pemantauan Bank Negara dan kenapa pula surat Zeti boleh tiba-tiba terbongkar dan diviralkan ketika itu.

Agenda tangan ghaib dibelakang Zeti dilihat sangat jahat. Propaganda bahawa berlakunya kecurian, salah guna kuasa, penipuan akaun dan penyelewengan di Tabung Haji bawah kerajaan BN ketika DSN menjadi PM sehingga menyebabkan Tabung Haji mengalami kehilangan berbilion-bilion Ringgit adalah antara penipuan Pakatan Harapan yang berjaya sebelum PRU14. Malah PH pernah cuba teruskan propaganda ini setelah PRU14.

Sebenarnya tiada kertas siasatan berhubung kehilangan dana, penipuan akaun oleh akauntan/juruaudit atau rompakan dari Tabung Haji oleh ahli parlimen BN atau Datuk Seri Najib pernah dibuka ketika Pakatan Harapan memerintah.

“27 Sept 2021: Tiada sebarang kertas siasatan dibuka bagi menyiasat dakwaan pihak tertentu mengenai penyalahgunaan dana Tabung Haji (TH) sebelum tahun 2018, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.”

Oleh itu, PH tidak pernah berani mengumumkan RCI bagi TH walaupun pernah didesak oleh Datuk Seri Najib banyak kali untuk mereka memenuhi 10 janji 100 hari manifesto bukan kitab suci mereka untuk melaksanakan RCi bagi TH.

Selepas PRU14 kadar Hibab jatuh ke 1.25% walaupun kadar Hibah TH tinggi dengan konsisten sepanjang masa sebelum PRU14. 52% aset TH ketika itu adalah dalam bentuk pelaburan ekuiti dan Bursa Malaysia jatuh menjunam selepas PRU14 di bawah pentadbiran kerajaan PH.

Walaupun tiada kertas siasatan pernah dibuka terhadap Tabung Haji tapi kerajaan PH pernah cuba menyiasat YAYASAN TH dengan tuduhan bahawa wang TH telah disalahgunakan UMNO. Namun siastan PH terhadap Yayasan TH tak berhasil dan tiada dakwaan dikenakan. Cuma mereka timbulkan usaha UMNO yang telah menyumbang RM8 juta (Yayasan TH sumbang RM7 juta manakala pemberi korporat lain sumbang RM7 juta) kepada tabung RM22 juta yang disalurkan sepenuhnya kepada 100,000 penerima dari golongan asnaf seluruh negara pada bulan Ramadan tahun 2017.

Tabung Haji berperanan untuk menguruskan perjalanan jemaah Haji dari Malaysia pergi ke Makkah pada setiap tahun. TH merupakan sebuah Institusi Kewangan yang sentiasa memastikan perjalanan operasi Haji berjalan lancar dan efisyen. Institusi yang menjaga kepentingan orang Islam di Malaysia diserang. Siapa sebenarnya dibelakang mereka?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker