Najib cadang GST diperkenal semula lepas negara pulih Covid-19

Najib cadang GST diperkenal semula lepas negara pulih Covid-19

Bekas perdana menteri Najib Razak mencadangkan supaya sistem percukaian barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan semula secepat mungkin selepas negara pulih daripada pandemik Covid-19.

Ini kerana menurut ahli parlimen Pekan itu, ia dapat mencapai matlamat dalam mengurangkan jurang pendapatan antara rakyat di negara ini.



“Kutipan-kutipan hasil GST ni mampu diagihkan kepada golongan B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding dengan nilai GST yang dibayar mereka.

“Sebab tu kita perlu melaksanakan semula sistem GST secepat mungkin apabila negara pulih daripada Covid sekiranya ingin mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, matlamat menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan,” katanya dalam ucapan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini.

GST dilaksanakan sewaktu pentadbiran Najib pada 2015 pada kadar 6 peratus.

Cukai berkenaan dianggap kontroversi kerana dikatakan menjadi beban kepada rakyat dan menjadi punca harga barang meningkat. Ia kemudian digantikan semula dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).



Bagaimanapun bagi mereka yang menyokong GST menganggap sistem percukaian itu lebih telus dan mampu mengurangkan kegiatan pengelakan cukai berbanding SST yang dikatakan mempunyai banyak kelemahan. Mk

Najib cadang GST diperkenal semula lepas negara pulih Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker