Khalid mengaku keluarkan surat sokongan

Khalid mengaku keluarkan surat sokongan

Bekas menteri wilayah persekutuan Khalid Samad menjelaskan, dia mencadangkan satu projek pembangunan bercampur diluluskan, selaras dengan wawasan kementeriannya untuk menyediakan satu juta rumah mampu milik di Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Shah Alam tampil membuat penjelasan tersebut selepas dia dituduh menyokong tawaran pemaju untuk mendapatkan persetujuan bagi pemindahan sebidang tanah pada November 2019, walaupun polisi kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mengeluarkan surat sokongan.



“Saya mencadangkan agar permohonan ini diluluskan kerana ia selaras dengan wawasan Kementerian Wilayah Persekutuan ketika itu iaitu untuk menghasilkan satu juta rumah mampu milik di Kuala Lumpur.

“Ini kerana, rumah mampu milik diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah dan menengah di Kuala Lumpur kerana harga rumah biasa adalah mahal dan tidak mampu dimiliki oleh golongan ini yang ramai bekerja di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, sebuah portal dilaporkan syarikat tersebut menulis surat kepada Khalid enam bulan selepas PH menjadi kerajaan, bagi memohon sebidang plot tanah di Kuala Lumpur untuk projek pembangunan bercampur.

Ia turut mendakwa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan meluluskan permohonan itu pada Disember 2017 sebelum membatalkannya pada November 2018.



Syarikat itu kemudian didakwa menulis surat secara terus pada Khalid sebulan kemudian, dan Khalid secara peribadi memastikan surat itu “ditandatangani sendiri oleh pembantunya dan datuk bandar”.

“Selepas menerima surat pertama dari pemohon, saya telah mengarahkan Setiausaha Politik saya, Saudara Azli Yusof untuk merujuk perkara ini kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengetahui perancangan penggunaan tanah berkenaan sekiranya ada.

“Hampir setahun kemudian, selepas saya menerima surat kedua, barulah saya memohon exco tanah Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh ketua setiausaha negara (KSN) untuk mempertimbangkan kelulusan permohonan ini selepas mendapat gambaran yang jelas mengenai status tanah ini dari PTG dan DBKL.

“Saya sendiri tidak ada dalam exco tanah Kuala Lumpur dan exco ini bukan bawah kuasa saya. Oleh itu wajar saya memberikan pandangan mengenai cadangan pembangunan ini secara bertulis,” katanya.



Khalid turut menegaskan bahawa permintaannya supaya tanah tersebut diluluskan adalah untuk keperluan memenuhi wawasan Kementerian Wilayah Persekutuan dalam mendapatkan sejuta mampu milik di Kuala Lumpur.

“Tanpa tanah, di manakah rumah ini hendak dibina,” katanya. Mk

Khalid mengaku keluarkan surat sokongan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker