37,415 perniagaan gulung tikar akibat COVId-19



Sebaran :

37,415 perniagaan gulung tikar akibat COVId-19

Sebanyak 37,415 perniagaan ‘gulung tikar’ berikutan terkesan akibat pandemik COVID-19, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata, sebanyak 26,007 daripada jumlah itu terdiri daripada usahawan mikro diikuti 2,738 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Katanya, angka perniagaan gulung tikar itu berdasarkan kajian impak kawalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ke atas landskap usahawan di Malaysia pada 15 hingga 28 Jun lalu.



“Kementerian membentuk satu jawatankuasa khas bagi membantu usahawan pasca pandemik COVID-19.

“Melalui jawatankuasa khas ini, kementerian sedang mengambil tindakan segera dalam tempoh jangka pendek di bawah sasaran KPI 100 hari dengan memberi fokus kepada tiga pendekatan utama,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meminta kerajaan menyatakan usaha memastikan peniaga kecil sederhana mampu berhadapan dengan cabaran perniagaan dan apakah statistik perniagaan yang ‘gulung tikar’ akibat terkesan dengan pandemik COVID-19. BH

37,415 perniagaan gulung tikar akibat COVId-19




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li


Sebaran :


Leave a Reply