Usahawan tersenarai CTOS, CCRIS boleh mohon dana kerajaan – Noh

Usahawan tersenarai CTOS, CCRIS boleh mohon dana kerajaan – Noh

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan mengetepikan proses agensi pelaporan kredit, CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) bagi mempercepatkan proses kelulusan pinjaman terutama membabitkan dana kerajaan.

Menterinya Noh Omar berkata, ia adalah sebahagian usaha kerajaan dalam membantu usahawan yang terjejas akibat Covid-19.



“MEDAC dapat permohonan, kita kena semak sama ada pemohon untuk CCRIS atau CTOS termasuk pelajar yang mempunyai tunggakan bayaran ansuran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disenaraikan dalam CCRIS dan CTOS dalam pendemik.

“Kementerian akan mengetepikan proses CTOS dan CRISS bagi mempercepatkan proses kelulusan pinjaman terutama membabitkan dana kerajaan. Kita berharap dengan tiadanya semakan CTOS dan CCRIS maka proses kelulusan pinjaman kepada usahawan akan dapat dipercepatkan,” katanya dalam Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bertanya apakah usaha kementerian dalam memastikan peniaga kecil sederhana mampu berhadapan dengan cabaran perniagaan ketika Covid-19 dan statistik perniagaan “gulung tikar” ekoran terkesan dengan pandemik.

Noh berkata, pihak kementeriannya juga akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau kelulusan pinjaman di bawah MEDAC.



“Kalau sesebuah agensi di bawah MEDAC sudah berjanji untuk memberikan kelulusan pinjaman dalam tempoh 10 hari mereka mesti mengotakan janji berkenaan.

“Ini penting kerana saya ada mendapat aduan bahawa ada sesetengah usahawan terpaksa menunggu sehingga tiga bulan untuk mengetahui status pinjaman mereka,” katanya.

Noh berkata, beliau berharap jawatankuasa itu dapat menyiasat punca sebenar kelewatan kelulusan pinjaman dan kenapa perkara sedemikian boleh berlaku bagi memastikan usahawan berdepan cabaran dapat dibantu oleh kerajaan. FMT

Usahawan tersenarai CTOS, CCRIS boleh mohon dana kerajaan – Noh




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker