Wang RM13 juta mungkin dipindah bagi penyelidikan kanser – Mukhriz

Wang RM13 juta mungkin dipindah bagi penyelidikan kanser – Mukhriz

Pemindahan wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah berjumlah RM13 juta ke satu akaun di luar negara seperti didakwa, mungkin berkaitan pelaburan ke dalam sebuah syarikat bio-teknologi yang terbabit menjalankan penyelidikan rawatan kanser, kata Mukhriz Mahathir.

Bekas menteri besar itu berkata, syarikat berkenaan mempunyai ekuiti dimiliki oleh rakyat Malaysia dan agensi kerajaan persekutuan yang terbabit dalam sektor teknologi tinggi.



ADUN Jitra itu dalam kenyataannya berkata, ia adalah berdasarkan dokumen pemindahan bank yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Noor dalam sidang media pada 23 September lalu.

Minggu lalu, Sanusi mendedahkan wang milik MBI itu dipindahkan ke akaun Barclays Bank di Kanada ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar.

Mukhriz menolak dakwaan bahawa beliau mendapat keuntungan peribadi daripada MBI selain bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

“Sanusi harus segera membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan pemindahan wang berjumlah RM13 juta milik MBI jika dirasakan wujud unsur salah guna kuasa.



“Saya juga yakin bahawa kenyataan yang dibuat oleh Sanusi itu adalah bertujuan untuk mencemar nama baik dan imej saya tanpa membuat tuduhan khusus yang boleh mengundang tindakan saman,” katanya.

Mukhriz turut mengingatkan Sanusi bahawa sebarang kenyataan daripada Menteri Besar Kedah bukanlah bersifat pendapat atau pandangan peribadi dan beliau harus lebih bijak dalam mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang usul periksa kerana ia mencerminkan imej pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah sewajarnya jika Sanusi terus mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Minggu lalu, Sanusi yang ditanya sama ada akan membuat laporan kepada pihak berkuasa menjelaskan, ia terserah kepada mereka untuk menyiasat kerana agensi terbabit “mungkin membaca akhbar”. FMT



Wang RM13 juta mungkin dipindah bagi penyelidikan kanser – Mukhriz


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker