Tak payah jadi menteri kalau tak boleh selesaikan isu dera – Azalina

Tak payah jadi menteri kalau tak boleh selesaikan isu dera – Azalina

Azalina Othman Said hari ini membidas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ekoran peningkatan kes dera dan mangsa serangan seksual dalam kalangan kanak-kanak terutamanya sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP).

Kata Azalina, satu pendekatan khas seperti mewujudkan mahkamah dan bilik saksi khas perlu diwujudkan bagi menguruskan kes kanak-kanak yang menjadi mangsa dera dan jenayah seksual.

Menurut ahli parlimen Pengerang itu, berlaku kekangan tertentu jika kanak-kanak yang menjadi mangsa dera atau serangan seksual perlu menjadi saksi kerana pada usia tertentu mereka akan berasa malu.

“Itu sebab kita nak mahkamah khas, bilik saksi khas, adanya pendekatan khas. Ini anak-anak yang menjadi mangsa,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Pada 10 Dis lalu, lebih 4,000 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kementerian sama juga mencatatkan lebih 2,000 kes keganasan rumah tangga pada 2020 – tahun yang menyaksikan rakyat terpaksa tinggal di rumah susulan pelaksanaan PKP bagi menangani penularan Covid-19.

Kes keganasan rumah tangga juga menyaksikan peningkatan sejak tahun lalu.

Menurut menteri terbabit, Rina Harun, bagi tempoh Jan dan Ogos tahun ini jumlah kes keganasan rumah tangga adalah 4,905 kes.

Azalina kemudian mempersoalkan bagaimana menteri yang bertanggungjawab dalam isu tersebut dapat menyelesaikan masalah dera di kalangan kanak-kanak.

“Kalau setakat nak jadi menteri, (tapi) ini pun tak boleh selesai, tak payahlah jadi menteri.

“Anak-anak masa depan sebuah negara,” katanya.

Mengibaratkan keadaan kanak-kanak yang didera secara seksual di rumah sama seperti harapkan pagar, pagar makan pagi, Azalina mempersoalkan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan dalam isu itu.

“Saya nak tanya menteri yang bertanggungjawab. Saya tahulah siapa menteri yang bertanggungjawab. Ni pun tak ada (dalam dewan). Ini masalah besar,” katanya.

Kata Azalina lagi kerajaan tidak wajar membincangkan RMK-12 ketika rakyat yang memerlukan bantuan sebaliknya dilupakan.

Tambahnya, apabila kerajaan ditegur ia bukanlah bermakna seseorang ahli parlimen itu marah atau benci sebaliknya mahu menegaskan keutamaan yang diharapkan rakyat. Mk

Tak payah jadi menteri kalau tak boleh selesaikan isu dera – Azalina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker