Acryl Sani sambung khidmat IGP, kontrak dua tahun lagi

Acryl Sani sambung khidmat IGP, kontrak dua tahun lagi

Kerajaan menyambung perkhidmatan Acryl Sani Abdullah Sani sebagai ketua polis negara selama dua tahun lagi, maklum Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

Acryl Sani dilantik sebagai ketua polis negara ke-13 menggantikan Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak pada 3 Mei ini.

Terdahulu, tempoh perkhidmatan Acryl sebagai ketua polis negara akan tamat pada 3 Okt 2021.

Acryl Sani dilahirkan pada 3 Okt 1961 di Petaling Jaya, Selangor itu berkelulusan Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia dan menyertai Polis Diraja Malaysia pada 2 Feb 1986 sebagai Kadet Assistant Superintendent of Police (ASP).

Dia telah memegang pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman sepanjang perkhidmatan dalam pasukan beruniform itu.

Antara jawatan yang pernah disandangnya adalah Pesuruhjaya Polis Sarawak, Ketua Polis Perak, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi. Mk

Acryl Sani sambung khidmat IGP, kontrak dua tahun lagi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker