Status kerakyatan bayi: Azalina minta kerajaan berlaku adil

Status kerakyatan bayi: Azalina minta kerajaan berlaku adil

Azalina Othman Said (BN-Pengerang) meminta kerajaan berlaku adil dalam isu hak kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara.

Bekas menteri undang-undang itu mempersoalkan mengapa Putrajaya masih bertegas untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kewarganegaraan automatik diberi kepada bayi yang dilahirkan wanita Malaysia selepas mereka berkahwin dengan pasangan negara asing.

Menurutnya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar juga sebelum ini pernah bertitah supaya kerajaan persekutuan membatalkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

“Saya sampai hari ni tak faham. Tuan Yang di-Pertua (Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun) pun peguam, saya pun peguam… kita pun agaknya dua-dua tak faham. Saya tak tahu apa ruginya Yang di-Pertua?

“Kalau kita nak berlaku adil, saya nak cakap kepada yang amat berhormat perdana menteri (Ismail Sabri Yaakob) dan juga kepada sahabat-sahabat menteri, berlakulah adillah kepada semua.

“Kalau ibu tak dapat, bapa pun jangan bagi. Kenapa ibu tak boleh, tapi bapa boleh? Ha, ini yang saya tak faham,” katanya ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini.

Keadaan itu kata Azalina menunjukkan seolah-olah wanita Malaysia ni memiliki banyak kekurangan berbanding lelaki.

“Terpulanglah kepada kerajaan untuk jawab. Yang lain jangan marah, saya tanya saja,” katanya.

Pada 9 Sept lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa bayi yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warga Malaysia hasil perkahwinannya dengan lelaki bukan rakyat negara ini secara automatik berhak mendapat kerakyatan.

Bagaimanapun pada 13 Sept kerajaan memutuskan untuk mengemukakan rayuan bagi membatalkan keputusan mahkamah tinggi berkenaan.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, berkata keputusan itu diambil bagi mengelakkan kerajaan dikenakan tindakan menghina mahkamah dan pada masa yang sama mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Sultan Ibrahim yang menyifatkan ia sebagai satu diskriminasi menitahkan supaya kerajaan persekutuan membatalkan rayuan keputusan tersebut.

Sambil memetik ungkapan “Keluarga Malaysia” yang digunakan oleh kerajaan kini, baginda bertitah supaya peguam negara segera menarik semula rayuan terhadap keputusan mahkamah itu. Mk

Status kerakyatan bayi: Azalina minta kerajaan berlaku adil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker