Budak tiga tahun maut dilanggar pacuan empat roda

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika bermain skuter.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika bermain skuter di satu kawasan kediaman di bandar raya ini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku pada 6.30 petang itu dan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berusia 32 tahun itu sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 21 saat memaparkan kanak-kanak berkenaan yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.



Kanak-kanak terbabit dipercayai maut di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker