Najib cadang rakyat beli saham dan had pelaburan ASB dinaikkan

Najib cadang rakyat beli saham dan had pelaburan ASB dinaikkan

Bank-bank dalam negara dicadangkan untuk memperkenal pakej-pakej yang baru bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk berkecimpung dalam arena pelaburan yang boleh menjadi sumber penjanaan pendapat pasif.

Dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hari ini, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak juga mencadangkan supaya pihak bank boleh mengenakan caj yang rendah untuk mempromosikan hal itu dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Saya mencadangkan agar bank-bank memperkenalkan produk-produk mesra pembelian saham untuk membiayai 70 peratus pembelian dengan hanya kadar perkhidmatan sebanyak tiga peratus setahun.

“Ini adalah untuk setiap rakyat untuk melabur dalam senarai saham di bursa Malaysia yang dibenarkan dan disyorkan oleh bank dan penganalisis pasaran. Ini samalah seperti skim pinjaman ASNB yang telah dilaksanakan sejak dahulu lagi.

“Rakyat mampu mencipta kekayaan secara jangka masa panjang apabila saham naik dan jika tidak naik, kadar dividen masih boleh membiayai kos pinjaman bank,” jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, bekas perdana menteri itu juga mencadangkan agar had maksima pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ditingkatkan.

“Bagi menggalakkan rakyat menyimpan dan menjana pendapatan pasif, saya mencadangkan had maksimum pelaburan ASB dinaikkan daripada RM200,000 kepada RM400,00.

“Maka dengan ini jika saluran pelabur membuat pelaburan maksimum pada kadar enam peratus setahun ini membolehkan pencarum memperoleh pendapatan pasif sehingga RM2,000 sebulan.

“Bagi mencapai matlamat ini, skim pembiayaan ASB dan ASM daripada bank-bank perlu ditambah baik dengan mengambil kesempatan kadar caj perkhidmatan bank ketika ini yang dicatatkan paling rendah dalam sejarah supaya lebih ramai rakyat boleh membuat pelaburan hingga tahap maksima,” katanya.

Najib cadang rakyat beli saham dan had pelaburan ASB dinaikkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker