Purata pendapatan isi rumah RM10,065 pada 2025 boleh dicapai – Najib

Purata pendapatan isi rumah RM10,065 pada 2025 boleh dicapai – Najib

Sasaran purata pendapatan RM10,065 sebulan pada 2025 boleh dicapai sekiranya kerajaan hari ini bertindak dengan lebih cekap, berani dan inovatif.

Datuk Seri Najib Tazak (BN-Pekan) berkata, ia mengambil kira purata pendapatan isi rumah seperti yang dinilai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) adalah RM3,686 sebulan pada tahun 2007.

“Ia berjaya dinaikkan hampir sekali ganda ke RM6,958 sebulan pada tahun 2016, susulan pertumbuhan ekonomi yang mantap dalam tempoh tersebut.

“Akan tetapi, kadar pertumbuhan pendapatan rakyat telah jauh menyusut dan hanya naik ke RM7,089 sebulan pada tahun 2019 iaitu kenaikan 1.8% dalam tempoh 3 tahun dari 2017 walaupun pertumbuhan ekonomi ketika itu begitu mantap.

“Walau bagaimanapun, pada hemat saya, sasaran purata pendapatan RM10,065 sebulan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semalam boleh dicapai menjelang akhir RMK-12 pada tahun 2025 sekiranya kerajaan hari ini bertindak dengan lebih cekap, berani dan inovatif,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini. Utusan

Purata pendapatan isi rumah RM10,065 pada 2025 boleh dicapai – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker