Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Umno tidak mampu lagi sekadar memberikan alasan, sebaliknya perlu membuktikan prestasi termasuk menyokong kerajaan pimpinan Naib Presidennya, Ismail Sabri Yaakob, kata veteran parti itu, Mohamad Hasan.

Dalam forum Wacana Wanita dianjurkan Pergerakan Wanita Umno Selangor, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat, berkata kerajaan perlu mengetepikan perbezaan dan fokus dalam usaha memulihkan semula negara ini, terutama sektor ekonominya.

“Bagi Umno, kita mesti mendokong kerajaan ini… kita dah tak ada alasan lagi dah. Kalau dulu kita boleh tuding jari.

“Jadi, seterusnya apa? Seterusnya adalah kita membuktikan prestasi. Apa seterusnya, kita perlu jalankan tugas.”

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kerajaan mesti menjamin apa sahaja tindakan dilaksanakan perlu mengambil kira keutamaan kebajikan terhadap rakyat, termasuk keselesaan serta kehidupan mereka terjamin.

“Apa yang penting kena pastikan makanan kekal berada di atas meja, duit ada dalam poket. Jika kita mampu laksanakannya, insya-Allah sinar baharu dapat (kita) pancarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Perlahan-lahan dan semestinya, saya percaya kerajaan akan teruskan agenda-agenda membantu rakyat dan selebihnya membantu meningkatkan prestasi ekonomi negara.”

Jangan bimbang dengan orang muda

Tok Mat ketika mengulas membabitkan Undi18 berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh parti dengan golongan pengundi muda.

Katanya, banyak pihak mewujudkan satu stigma, seolah-olah timbul masalah apabila bercakap berkenaan Undi18.

“Apa yang kita risau dan takut sangat? Jika kita boleh menggamit mereka atau meneutralkan pandangan mereka atau lebih baik, ajak mereka menyokong parti,” katanya.

Beliau berkata, orang muda lebih senang untuk diyakinkan berbanding orang berusia kerana mereka tidak mempunyai kesetiaan kepada satu jenama.

Justeru, Tok Mat menggesa Umno menggunakan pendekatan secara positif bagi menghampiri kumpulan berkenaan.

“Ini padang baharu dengan permainan (termasuk) cara bermain yang baharu. Hanya orang yang sebaya faham permainan baharu ini.

“Pemuda dan Puteri (Umno) mesti mentransformasikan kegiatan mereka, macam mana cara menggamit supaya mereka berkenan dengan kita,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pemimpin muda lahir daripada persatuan belia, justeru platform berkenaan boleh digunakan untuk bergiat bersama kumpulan itu. FMT

Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker