Angkara Pendahulu Perlumbaan Tersilap Laluan, Rezeki Pelari Ini Menang Marathon [VIDEO]

Angkara Pendahulu Perlumbaan Tersilap Laluan, Rezeki Pelari Ini Menang Marathon [VIDEO]

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu.

Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan bagi seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) selepas berjaya memenangi sebuah acara marathon gara-gara dua pendahulu perlumbaan itu tersilap laluan.



Lelaki berkenaan, Tyler Pence menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 2 jam, 15 minit dan 6 saat malahan turut menjadi pelari AS pertama memenangi acara Quad Cities Marathon sejak 2001.

Dua pelari Kenya, Elijah Mwangangi Saolo dan Luke Kibet pada awalnya mendahului perlumbaan tersebut sebelum pemandu arah melakukan kesilapan membawa mereka ke laluan lain.

Pengarah perlumbaan, Joe Moreno mengesahkan kejadian itu tetapi menegaskan dua pelari berkenaan tidak sepatutnya mengikut pemandu arah itu.



“Lokasi di mana insiden tersebut berlaku, laluan itu sudah ditanda dengan baik.

“Papan tanda juga dipamerkan dengan baik. Sukarelawan turut berada situ. Mereka juga menghadiri mesyuarat sehari sebelum perlumbaan bagi mengenali lebih mendalam tentang laluan perlumbaan,” ujar Moreno.

Tambah beliau, pihaknya bagaimanapun sedang pertimbangkan cara untuk memberi ganti rugi kepada Saolo dan Kibet.

Saolo yang merupakan cucu kepada pelari terkemuka Kenya, Joseph Nzau hampir mencatatkan rekod peribadinya pada perlumbaan itu sebelum insiden berkenaan berlaku. — Agensi



Angkara Pendahulu Perlumbaan Tersilap Laluan, Rezeki Pelari Ini Menang Marathon [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Daphne Iking cantik berhijab, netizen doakan semoga terus istiqamah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker