Daphne Iking cantik berhijab, netizen doakan semoga terus istiqamah

Daphne Iking cantik berhijab, netizen doakan semoga terus istiqamah

Pengacara dan personaliti media sosial terkenal, Daphne Iking tampil ayu mengenakan selendang menerusi beberapa perkongsian di entri Instagram miliknya.

Sejak kebelakangan ini, pengacara jelita itu ada memuat naik beberapa gambar menerusi hantaran berbeza yang memaparkan dia berhijab semasa mempromosi produk.



Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet menitipkan pujian buat Daphne serta mendoakan agar dirinya terus kekal istiqamah.

“Suka dengan penampilan baharu awak, Daphne. Semoga terus istiqamah,” puji seorang pengikut.

“Sangat cantik dengan berhijab,” komen seorang warganet.

“MasyaAllah, awak cantik berhijab. Malah, lebih menyerlah dengan keindahan ini,” coret pengikutnya di ruangan komen.



Sekadar informasi, Daphne memeluk agama Islam pada tahun 2010 dengan nama Islamnya iaitu Dahlia Eleanor Iking dan bernikah dengan pilihan hatinya, Azmi pada 2011. Utusan

Daphne Iking cantik berhijab, netizen doakan semoga terus istiqamah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker