Ramai Orang Gemuk Petanda Akhir Zaman?

Benarkah Ramai Orang Gemuk Petanda Akhir Zaman?

Di dalam sebuah hadis, Baginda s.a.w. ada menyebutkan tentang orang gemuk yang melakukan khianat petanda dunia akhir zaman. Hadis dari Imran bin Hushain r.a. menyebutkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya sebaik-baik kamu adalah yang hidup pada masaku, kemudian orang-orang yang hidup selepas mereka, kemudian orang hidup selepas mereka.” Imron berkata: “Aku tidak pasti, berapa kalikah Rasulullah s.a.w. menyebut kurun selepas zamannya, dua atau tiga kali.



Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesudah mereka ada suatu kaum yang berhak menjadi saksi tapi diminta kesaksiannya (tidak dijadikan saksi), mereka berkhianat dan tidak percaya, mereka bernazar (berjanji) dan tidak menepatinya. Dan kalau sudah terjadi demikian muncullah orang-orang gemuk antara mereka.” – HR Bukhari

Menurut Pensyarah Jabatan al Quran dan as sunnah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd. Khafidz Soroni, di dalam hadis ini dinyatakan tiga zaman terbaik yang ada. Dikatakan selepas tiga zaman terbaik itu, maka akan muncullah orang-orang yang suka dengan kemewahan dan kenikmatan dunia sehinggakan mereka ini berlebih-lebihan dalam soal makan dan minum.

Hadis ini jelas menyatakan buruk perangai itu termasuk dalam suatu rancangan jahat dan suka melakukan kerosakan di muka bumi. Antara ciri mereka adalah berbadan gemuk dari segi zahir disamping memiliki sifat yang buruk.

Turut dinyatakan di dalam hadis di atas bahawa mereka yang tidak dijadikan saksi adalah mereka yang tidak dipercayai dan berlaku khianat serta mereka tidak menunaikan janji. Inilah sifat-sifat yang dikeji. Dalam masa yang sama mereka juga berbadan gemuk.



Maka boleh disimpulkan bahawa golongan yang menguasai dunia akhir zaman yakni selepas tiga zaman terbaik, ia bukan semata-mata berbadan gemuk tetapi mereka juga mempunyai akhlak yang buruk.

Mereka yang disebutkan mungkin terdiri dari yang sentiasa ingin mendapatkan ganjaran dunia. Jadi mereka ini yang menikmati hasil usaha yang mereka rancang dan hidup dalam kemewah-mewahan.

Selain itu lazimnya kita faham, orang gemuk ini sifatnya malas dan kurang aktif dan ia turut dikait sama dalam ibadat serta dalam mengamalkan perkara-perkara sunah nabi. Ia berlaku ekoran daripada saiz fizikal yang membataskan pergerakan.

Jadi memang ada yang menyebut bahawa orang yang berbadan besar mungkin susah dan malas beramal sehingga menyebabkan mereka terdorong untuk mempunyai sifat-sifat dan akhlak yang buruk.



Sehingga disebutkan di dalam satu hadis “Sesungguhnya akan didatangkan seseorang yang sangat besar dan gemuk pada hari kiamat, akan tetapi timbangannya di sisi Allah tidak seberat sayap nyamuk. Maka Allah berfirman, “(Yang ertinya), Dan kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.” – HR Bukhari

Turut disebut di dalam riwayat hadis ini dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik umatku adalah masyarakat yang aku diutus di tengah mereka (para sahabat) kemudian generasi setelahnya. Kemudian datang kaum yang suka menggemukkan badan, mereka bersaksi sebelum diminta bersaksi.” – HR Muslim

Jelas sekali bahawa hadis kedua ini juga membawa maksud yang sama dengan hadis pertama tadi. Segala-galanya diceritakan tentang sifat orang yang gemuk. Dalam kebiasaannya, orang gemuk itu seringkali dikaitkan dengan beberapa tabiat yang negatif. Namun Khafidz tidak menolak, masih ramai lagi orang-orang obesiti yang masih ada sifat murni di dalam diri mereka. Semuanya itu bergantung kepada hati nurani masing-masing.



Di Padang Mahsyar Allah tidak melihat fizikal seseorang melainkan hati dan amalannya ketika hidup di dunia.
Tetapi benarkah jumlah ramainya orang gemuk itu menandakan tibanya hari kiamat? Menurut pandangan Khafidz, persoalan itu mungkin tidak benar. Tambahnya, jika benar dikatakan ia tanda hari kiamat, maka seharusnya disebut ‘ramainya orang gemuk di akhir zaman’.

Namun ia tidak dinyatakan di mana-mana hadis. Jika sekadar ramai orang gemuk sahaja tanpa dikaitkan dengan sifat-sifat buruk seperti yang dinyatakan, maka ia bukanlah petanda hari kiamat. Akan tetapi kita boleh sebut bahawa petanda dunia akhir zaman adalah mereka yang dikaitkan dengan orang lalai, khianat, berpecah belah, membunuh mahupun bermusuh di sana sini.

Kita tidak boleh mengklasifikasikan orang gemuk sebagai petanda dunia akhir zaman. Jika mereka mempunyai akhlak yang baik, berusaha untuk beribadat walaupun termengah-mengah, malah tiada semua sifat-sifat yang menzalimi serta menganiaya orang, mereka yang gemuk ini tidak tergolong daripada orang disebut dalam hadis di atas. Maka mereka yang gemuk disebabkan oleh faktor genetik tidak termasuk dalam golongan yang dibenci oleh Allah.

Pokok pangkalnya di sini, orang berbadan kurus pun tetapi mengamalkan sikap-sikap yang negatif, membazir, malas beribadat, khianat, maka dia juga tergolong kepada mereka yang dibenci oleh Allah. Tiada pengecualian. Wallahu a’lam. Utv



Ramai Orang Gemuk Petanda Akhir Zaman?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker