Khazanah boleh kaut untung RM36 bilion dalam SEA Ltd jika PH tak jual – Najib

Khazanah boleh kaut untung RM36 bilion dalam SEA Ltd jika PH tak jual – Najib

Jika Pakatan Harapan (PH) tidak menjual kesemua pegangan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam SEA Limited (SEA Ltd) pada tahun 2019, nilai kepentingan 5.0 peratus sayap pelaburan itu dalam SEA akan bernilai AS$8.75 bilion atau RM36 bilion pada hari ini.

Nilai itu jauh berbeza dengan harga RM612 juta yang dijual.

Datuk Seri Najib Razak berkata, Khazanah di bawah kerajaan Barisan Nasional telah melabur ASS$170 juta (RM650 juta masa itu) semasa syarikat SEA Ltd ini berharga AS$$3.5 bilion atau kepentingan sekitar 5.0 peratus dalam syarikat yang memilik Shopee dan online game Garena Free Fire.

”Amatlah sayang sekali kerugian ini akibat sikap mereka yang gemar menjual aset-aset negara,” katanya.

Katanya, kisah SEA Ltd sebenarnya boleh dan patut mencontohi kejayaan pelaburan Khazanah dalam syarikat gergasi e-dagang terbesar dari China, Alibaba pada tahun 2012.

Hasilnya, Khazanah memperoleh pulangan sebanyak US$1.2 bilion (RM5 bilion) berbanding pelaburan sebanyak AS$250 juta sahaja.

Jumlah keseluruha nilai bersih aset Khazanah naik hampir 3 1/2 kali ganda dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM115.6 bilion pada akhir 2017.

Kadar kenaikan ini adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar kenaikan 66% untuk dana pelaburan Temasek Holdings milik kerajaan Singapura bagi tempoh yang sama.

Masuk tangan PH, nilai aset Khazanah terus jatuh RM25 bilion tahun 2018 dan RM19 bilion lagi pada tahun 2019.

”Namun selepas PRU14, kerajaan PH telah jual berpuluh-puluh bilion ringgit aset Khazanah dibina kerajaan BN dahulu termasuk kesemua pegangan SEA Ltd ini dengan harga RM612 juta pada bulan Nov 2019,” ujarnya. MG

Khazanah boleh kaut untung RM36 bilion dalam SEA Ltd jika PH tak jual – Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker