Mahu Rakam Mercedes Klasik, Sekali Terkejut Tok Mat yang pandu (Video)

Mahu Rakam Mercedes Klasik, Sekali Terkejut Tok Mat yang pandu (Video)

Jika anda peminat kereta-kereta klasik, sudah pasti anda cukup kenal dengan Facebook Group ‘Kereta Sebelum Tahun 2000’ yang sentiasa penuh dengan hantaran mengenai kenderaan buatan sebelum tahun 2000 yang ada di Malaysia.

Baru-baru ini ada seorang lelaki bersama rakannya terserempak sebuah kereta Mercedes klasik di atas jalan, lalu dia cuba mengejar kereta itu bagi membolehkan kawannya merakam kereta Mercedes klasik yang mereka jumpa.

Alangkah terkejutnya mereka apabila melepasi kereta Mercedes klasik tersebut kerana ia dipandu sendiri oleh mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Tok Mat’ yang cukup dihormati dan disenangi oleh orang ramai.

Dalam video tersebut, kelihatan Tok Mat tersenyum apabila dirinya dirakam semasa beliau sedang memandu kereta klasik tersebut. Video itu telah meraih perhatian ahli Facebook Group Kereta Sebelum Tahun 2000 Official yang meminati model kereta Mercedes klasik serta peminat ‘Tok Mat’ yang lain.

Untuk pengetahuan semua, sebelum Tok Mat terjun ke dalam bidang politik, beliau adalah tokoh korporat berjaya yang telah memegang beberapa jawatan tertinggi di pelbagai syarikat korporat.

Salah satunya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kepada jenama kereta buatan Jerman, Mercedes-Benz. Ketika waktu itu, beliau memegang jawatan tersebut di syarikat pengedar rasmi Mercedes-Benz terkemuka di negara iaitu Cycle & Carriage Berhad selama 10 tahun dari 1994 sehingga 2004. Vc

Mahu Rakam Mercedes Klasik, Sekali Terkejut Tok Mat yang pandu (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker