Ahmad Marzuk mohon maaf kes P45 dipandu berbahaya

Ahmad Marzuk mohon maaf kes P45 dipandu berbahaya

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Marzuk Shaary hari ini memohon maaf atas insiden yang mencetuskan kemarahan orang ramai dan pasrah jika dikenakan tindakan atas kejadian tersebut.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, ahli parlimen Pengkalan Chepa itu berkata sebagai manusia yang tidak sempurna, dia mengambil tanggungjawab atas teguran yang diberikan dan menjadikan ia sebagai penambahbaikan untuk diri sendiri dan kakitangannya.

Tambah Ahmad Marzuk, kes tersebut sedang dalam siasatan pihak berkuasa dan kakitangan yang terlibat juga telah dipanggil memberikan keterangan beliau.

“Sekiranya dikenakan hukuman, semoga ia menjadi asbab kebaikan dan penambahbaikan buat beliau (pemandu) dan saya sendiri.

“Biarlah hukuman itu di atas dunia andai dengan sebab itu ia melepaskan kami daripada hukuman di akhirat,” katanya.

Hari ini Malaysiakini melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap sebuah kenderaan mewah milik seorang timbalan menteri yang dipandu dalam keadaan berbahaya.

Sumber memberitahu kejadian itu berlaku kerana pemandu terbabit sedang berkejar untuk ke lapangan terbang dan memotong kenderaan di hadapannya ketika laluan tersebut mempunyai dua garisan putih berkembar.

“Semasa kejadian lelaki terbabit memandu sendirian dari rumahnya hendak menghala ke rumah majikan sebelum menghantar majikan terbabit ke lapangan terbang,” katanya.

Meskipun tiada sebarang nama didedahkan, orang ramai mengaitkannya dengan Ahmad Marzuk berdasarkan nombor plat Alphard itu, P45.

Ahmad Marzuk berkata semua manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan, dan perlu ada insan lain yang menegurnya.

Setiap teguran berkenaan, katanya, adalah proses penambahbaikan, terutama kepada seseorang pemimpin.

Saya memohon ribuan kemaafan atas isu yang timbul. Semoga peristiwa ini memberi peluang untuk kami terus menjalankan tugas dengan penuh jujur dan berintegriti demi rakyat Malaysia,” katanya. Mk

Ahmad Marzuk mohon maaf kes P45 dipandu berbahaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker