Penembak Presiden AS Ronald Reagan, John Hickley Dibebaskan

Penembak Presiden AS Ronald Reagan, John Hickley Dibebaskan

WASHINGTON: Lelaki yang menembak bekas Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan serta tiga individu lain telah dibebaskan.

John Hinckley didakwa atas percubaan membunuh bekas presiden itu pada 1981.

Hakim Mahkamah Daerah Columbia, Paul Friedman berkata, Hinckley telah pulih selepas mendapat rawatan psikiatrik dan tidak memberi ancaman kepada masyarakat.

“Saya akan membebaskan Hinckley kerana dia didapati telah pulih daripada masalah kesihatan mental yang dihadapinya,” katanya.

Pada 2016, Friedman membenarkan Hinckley keluar daripada Hospital Psikiatrik di Washington namun mengenakan sekatan perjalanan serta penggunaan internet ke atasnya.

Pendakwa Raya Persekutuan, Kacie Weston bersetuju dengan tindakan membebaskan Hinckley namun berkata ia perlu dilakukan pada Jun 2022 dan dia diletakkan di bawah pengawasan pihaknya.

Pembebasan Hinckley ditentang keras oleh anak perempuan Reagan, Patti Davis yang berkata kepada Washington Post, dia tidak percaya Hinckley telah bertaubat dengan perbuatannya itu.

Reagan cedera selepas terkena tembakan di bahagian paru-paru dalam insiden itu, namun pulih sepenuhnya tidak lama kemudian.

Individu lain yang cedera termasuk Setiausaha Media White House, James Brady, agen perisikan Timothy McCarthy dan anggota polis Washington, Thomas Delahanty.

Hinckley didapati tidak bersalah oleh juri atas sebab menghadapi masalah kesihatan mental pada 1982.-New York Post

Penembak Presiden AS Ronald Reagan, John Hickley Dibebaskan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker