‘Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya..’Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia [VIDEO]

‘Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya..’Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia

BAYI sulung penyanyi Azmi Saat yang berusia tiga hari meninggal dunia selepas mengalami masalah kesihatan kira-kira pukul 12.00 tengah hari, Khamis.

Perkara itu disahkan pengurusnya, Syah Rahman yang memaklumkan bayi diberi nama Khairul Afnan itu menghembuskan nafas terakhir dipangkuan ibunya, Nazira Muhammad di Hospital Pakar Ohana, Kuala Lumpur.



“Selepas alat bantuan pernafasan dicabut, Azmi dan isteri diberi peluang meriba anak mereka sehingga nafas terakhir

“Afnan sah meninggal dunia beberapa minit kemudiannya… kita doakan semoga pasangan ini diberikan kekuatan melalui ujian cukup mencabar ini,” kata Syah ketika dihubungi mStar.

Pada pagi Khamis, Azmi yang juga merupakan vokalis kumpulan Caliph Buskers memaklumkan bayi lelakinya itu berdepan penyakit yang masih belum diketahui punca sehingga perlu menerima bantuan pernafasan.



Reda menerima ujian itu, Azmi, 34, memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya yang kini masih berada di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji. Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami

“Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami. Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.



“Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya. Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya.

“Apa pun yang berlaku, kami reda dengan ketentuan takdir-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin,” katanya menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Syah turut memaklumkan masih belum mengetahui penyakit yang dihidapi oleh bayi itu kerana perlu menjalani pemeriksaan pakar terlebih dahulu.



“Saya pun belum dapat hubungi Azmi lagi… cuma terakhir malam tadi dia ada beritahu Afnan tak sihat. Kata Azmi, Afnan bernafas dengan bantuan alat pernafasan.

“Doktor syak bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tak bergerak, jadi perlu buat ujian MRI untuk semak status otak dan punca sebenar,” kata Syah.

Pada Isnin lalu, Azmi dan isteri iaitu Nazira Muhammad, 35, meluahkan saya syukur dikurniakan cahaya mata pertama selepas penantian selama 10 tahun-mSTAR

“Awal-awal kami dah rasa tak sedap hati… dia tak bergerak” – Azmi Saat reda ujian Allah, harap arwah anak jadi syafaat masuk syurga



‘Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya..’Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Status kerakyatan bayi: Azalina minta kerajaan berlaku adil

Namron buka baju demi sejuta pengikut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker