Sharifah Amani merungut artis kena beli baju sendiri



Sebaran :

Sharifah Amani merungut artis kena beli baju sendiri

Pelakon berbakat besar, Sharifah Amani, 35, meluahkan rasa kecewa kerana ‘budaya’ pelakon atau artis perlu membeli dan menyediakan baju sendiri sebelum ke set penggambaran masih kekal tidak berubah dalam industri perfileman negara.

Menurut aktres tersebut, seharusnya perkara itu tidak wajar berlaku memandangkan seringkali pengamal seni lakon didendangkan dengan isu tidak setimpal dari soal bayaran gaji.

“Sudah tahun 2021 dan pelakon dilihat masih lagi perlu menyediakan sendiri pakaian untuk sesebuah set penggambaran. Bajet sikit, bayaran pun sama. Jadi anda ingat pelakon kena cari penaja baju dan beli sendiri?



“Saya betul-betul tak faham kenapa perkara seperti ini masih berlaku?”katanya dalam satu ciapan di Twitter, semalam.

Selain itu, luah Amani, perkara tersebut juga merupakan satu daripada faktor mengapa penonton adakalanya disajikan dengan ‘pemandangan’ pelakon dalam persalinan pakaian yang serupa untuk sesetengah naskah drama.

“Pasal tak semua mampu beli atau cari lain. Tak semua mampu gajikan jurugaya dan pasukan penata gaya mereka sendiri. Itu tanggungjawab produksi.

“Tapi produksi pun berdepan dengan kesukaran bajet yang sikit. Jadi? Pusing-pusing situ jugalah,”katanya.



Sementara itu, tambah Amani lagi, golongan pelakon juga sebenarnya sudah terlalu penat untuk mengadu dan menyuarakan isu seperti ini namun tiada sebarang penambahbaikan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.

“Tolonglah faham. Kita sudah penat untuk menyuarakannya. Ramai kalangan kami mencuba sedaya upaya untuk memulihkan sistem yang sudah lama punah ini.

“Kami maklumkan anda semua ini kerana mahu anda tahu bahawa bukannya kami tidak boleh atau enggan memberikan yang terbaik untuk anda (penonton).

“Tetapi kerana sistem perlu dibaik pulih. InsyaAllah, suatu masa nanti,”katanya.



Perkongsian Amani itu turut mendapat ulang ciap daripada pelakon berkaliber Nadiya Nissa.

“Inilah realiti produksi drama di Malaysia. Kalau suatu hari saya nak berhenti sebab rasa tidak termotivasi, inilah antara penyumbangnya,”katanya. Utusan

Sharifah Amani merungut artis kena beli baju sendiri


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat


Sebaran :


Leave a Reply