Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga murah

Sebaran :

Rumah paling mahal di dunia bakal dijual

Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga dijangka jauh lebih rendah daripada yang ditawarkan susulan keadaan terdesak pemiliknya yang kini dibebani hutang, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kediaman yang digelar The One itu pada asalnya mahu dijual oleh pemiliknya pada harga AS$500 juta (RM2.09 bilion) , namun kini ia dilaporkan boleh dimiliki pada tawaran lebih rendah.

Ia memiliki keluasan 9,290 meter persegi dan dilengkapi dengan 21 bilik tidur, empat kolam renang, sebuah ruang permainan boling dan pemandangan Selatan California dari sudut pandangan 360 darjah.

Ciri lain pada kediaman tersebut termasuk sebuah salun kecantikan dan panggung wayang dengan skrin paparan IMAX dilengkapi 45 buah kerusi, selain garaj yang mampu memuatkan sehingga 30 buah kereta.

Menurut laporan stesen penyiaran CNBC, hartanah tersebut telah ‘terkubur’ akibat hutang dan pinjaman bernilai AS$165 juta (RM690 juta).

Selain itu, beberapa hutang lain termasuk kepada syarikat pendingin hawa, konkrit dan syarikat peralatan berjumlah AS$1 juta (RM4.18 juta).

Rekaan menakjubkan yang diharap mampu menarik bakal pembeli telah dihasilkan oleh pemaju hartanah yang sebelum ini merupakan penerbit filem, Nile Niami.

Rekod bagi rumah paling mahal di AS ketika ini adalah dipegang oleh kediaman jenis penthouse milik bilionair Ken Griffin di Manhattan bernilai AS$238 juta (RM995 juta). K Online

Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga murah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat


Sebaran :

Leave a Reply