Rakyat berhimpun pertahan Sultan Selangor

Kira-kira 50 orang berkumpul di luar masjid Shah Alam selepas solat Jumaat hari ini bagi menunjukkan sokongan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemimpin dan ahli sayap Pemuda PH dan BN Selangor menjelaskan himpunan hari ini diadakan berikutan kontroversi membabitkan menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Raja Selangor.

“Kami daripada PH-BN Selangor menunjuk solidariti menyokong usaha untuk mempertahankan Sultan Selangor dan mengutuk kenyataan-kenyataan Sanusi.

“Hari ini, kita berkumpul di sini untuk mempertahankan sultan dan negeri kita.

“Kita nak maklumkan bahawa kita tidak mahu pemimpin yang guna politik murah datang ke Selangor, di mana mereka akan menghinakan sultan kita.

“Sudah-sudahlah dengan politik-politik yang negatif, yang murah dan buruk,” kata Ketua Pemuda PH Selangor Danial Al Rashid (gambar, atas).

Menurut Danial, pihaknya akan mempersembahkan memorandum menyokong baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Istana Selangor di Shah Alam pada Isnin depan jam 10 pagi.

Beberapa anggota polis dilihat hadir memantau perhimpunan yang bermula pada pukul 2 petang dan berlangsung selama kira-kira 25 minit itu.

Minggu lalu, Sanusi dikritik selepas membandingkan Sultan Kedah dengan Sultan Selangor dari segi salasilah keturunan, dan mendakwa Sultan Selangor telah memilih menteri besar ‘cokia’.

Pelbagai laporan polis telah dibuat terhadap Sanusi, dan dia akhirnya disiasat kerana memainkan sentimen 3R (kaum, agama dan raja-raja Melayu) dalam ucapannya.

Kemudian, pengarah pilihan raya PN itu memohon maaf kepada Selangor Selangor, mendakwa bahawa kata-katanya diputar-putar oleh pemimpin PH dan BN.

Bagaimanapun, Pejabat Diraja Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa Sultan Sharafuddin bertitah “perkara itu belum selesai” selepas baginda bertemu pesuruhjaya PAS negeri dan ketua polis negeri.

Pada 18 Julai lalu, polis menahan Sanusi pada dinihari di sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk menghadapi dua pertuduhan di mahkamah mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan.

Dia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan.

Jika sabit kesalahan, Sanusi boleh dipenjara sehingga dua tahun, denda sehingga RM5,000, atau kedua-duanya bagi setiap kesalahan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker