Dia cukup tidur dan makan sebelum divaksin – ibu remaja pitam

Sebaran :

Dia cukup tidur dan makan sebelum divaksin – ibu remaja pitam

“Ada yang kata anak saya tak makanlah, tak cukup tidurlah…padahal makan, tidur cukup. Sebelum pergi memang akan suruh mereka makan. Lepas tu yang akak paling kecewa, bila dia kata anak akak dah meninggal,” luah Ulfah Mat Daris, 42.

Ulfah merupakan ibu kepada Muhammad Azim Hassan, 13, remaja yang didakwa pengsan selepas disuntik vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang di sini, semalam.

Beliau berkata, Azim berasa takut sebelum disuntik sehingga menyebabkannya gemuruh sebelum pengsan selepas vaksinasi.

“Dia (Azim) selalu cakap ‘ibu, adik takut (ambil vaksin)’. Dia lemah semangat…pukul 11 malam dia dah tidur, bukannya pukul 2 pagi sebagaimana yang ditularkan.

“Anak akak dah makan dua bungkus nasi lemak sebelum ke PPV. Akak terkejut orang sebar cerita yang bukan-bukan mengenai Azim. Dia tak tanya kita, tak jumpa kita, tapi sebar cerita yang bukan-bukan…macam kecewa sangatlah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Duyong di sini.

Ulfah berkata, sebelum kejadian itu, beliau bersama suami dan anaknya ke PPV berkenaan pada 10 pagi sebelum petugas memberitahu untuk masuk satu jam kemudian berikutan orang ramai.

Beliau berkata, selepas Azim disuntik, doktor bertanya adakah beliau sihat dan anaknya mengiyakan pertanyaan doktor.

“Selepas itu, kami mengambil gambar untuk dibuat kenangan sebelum bergerak ke tempat meletak kereta. Sebaik tiba di sana, saya lihat Azim dah rebah dan ada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang mendukungnya masuk ke PPV untuk diberi rawatan.

“Pemeriksaan doktor mendapati anak sihat, cuma jantungnya sedikit laju, mungkin kerana terlalu berdebar selepas disuntik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali berkata, keadaan yang dialami Azim adalah “syncope reflex” ataupun darah gemuruh yang boleh menyebabkan pengsan.

“’Syncope’ berlaku disebabkan ketakutan yang amat sangat, ‘excitement’ yang tinggi sangat, gementar, takut pada jarum pun pengsan, tengok darah pun pengsan.

“Pada dasarnya, apa yang berlaku adalah pembesaran pembuluh darah yang menyebabkan tekanan darah jatuh. Bila tekanan darah jatuh, darah kurang ke otak, dia jadi gelap mata, berdengung telinga, dia akan tumbang (pengsan) dan bila dibaringkan dia akan sedar.”

Terdahulu, Azmi meluangkan kira-kira setengah jam untuk bertanya khabar mengenai Azim, selepas tular di media sosial kejadian seorang remaja lelaki yang dikatakan tidak sedarkan diri selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 semalam. FMT

Dia cukup tidur dan makan sebelum divaksin – ibu remaja pitam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera


Sebaran :

Leave a Reply