Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

RATA-RATA rakyat Malaysia tahu Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang Perdana Menteri yang gagal namun beliau tetap dilantik untuk mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara(MPN). Keberangkalian MPN turut gagal dilihat sangat tinggi. Apa akan jadi pada nasib rakyat Malaysia?

Jika kita bandingkan cara Muhyiddin dan Datuk Seri Najib menguruskan ekonomi, perbezaannya bagai langit dan bumi.

Ketika menguruskan ekonomi negara, Datuk Seri Najib telah merancang untuk melanjutkan projek keretapi laju HSR Kuala Lumpur-Singapura ke negara Thailand dan seterusnya disambung ke negara China dan dunia. Bayangkan jika perkara ini dapat direalisasikan, bagaimana ekonomi negara kita akan berkembang dengan sangat pesat. Ekonomi rakyat akan turut meningkat sekaligus negara berada dalam keadaan sangat stabil.

Malah Datuk Seri Najib telah mendapat kelulusan awal dari PM Thailand pada tahun 2016. Perancangan HSR akan dimulakan dengan bahagian yang paling diperlukan dan paling tinggi peluang untuk memberi pulangan yang besar iaitu dari Kuala Lumpur ke Singapura memandangkan sektor ini adalah antara sektor paling sibuk dengan permintaan paling tinggi dalam dunia bagi industri penerbangan.

Selepas HSR KL-Singapura berjaya dan siap, barulah Datuk Seri Najib akan melanjutkan projek tersebut ke Bangkok.

Namun perkara tersebut tidak menjadi kenyataan apabila Muhyiddin membatalkan projek itu untuk digantikan dengan HSR Kuala Lumpur-Johor yang permintaannya jauh lebih rendah.

Kerajaan Muhyiddin membatalkan projek asal HSR kerana mereka dikatakan tidak bersetuju apabila projek itu dianugerah secara open tender antarabangsa yang dipantau bersama dengan negara Singapura supaya Malaysia dapat “best in class”.

Menurut sumber, Muhyiddin sudah ada kertas cadangan untuk memberikan projek tersebut kepada syarikat yang memiliki dan mengurus keretapi KLIA Ekspress dari KLIA ke KL Sentral supaya teknologi yang sama akan dilanjut ke Johor Baharu – iaitu syarikat YTL.

Dalam kertas cadangan kerajaan Muhyiddin juga, subsidi melebihi RM10 bilion juga dikatakan dirancang untuk diberi bagi membiayai projek baharu HSR Kuala Lumpur-Johor Baharu untuk menampung kerugian disebabkan jumlah penumpang serta harga tiket diunjur jauh lebih rendah berbanding HSR Kuala Lumpur-Singapura.

Memetik sumber ,Sebenarnya niat kerajaan Muhyiddin untuk memberi projek itu kepada syarikat YTL dengan menggunakan keretapi yang jauh lagi perlahan dari HSR sebenar ini juga telah didedah oleh Menteri Singapura ketika beliau menjelaskan dalam parlimen Singapura kenapa kerajaan Malaysia sanggup membayar pampasan RM310 juta kepada Singapura untuk membatalkan projek HSR asal.

Oleh sebab itu, Datuk Seri Najib sarankan agar rancangan asal HSR Kuala Lumpur ke Singapura dikekalkan supaya subsidi berpuluh bilion tidak perlu lagi diberi, supaya kos perjalanan antara Singapura dan KL lebih murah berbanding menaiki kapal terbang (disamping mengurangkan pencemaran udara dengan mengurangkan jumlah penerbangan, supaya projek Bandar Malaysia dengan nilai GDV sebanyak RM140 bilion boleh dikekalkan demi pembangunan negara dan negara tidak memiliki High Speed Rail yang akan bertukar menjadi Medium Speed rail dari KLIA ke Johor Baharu.

Satu projek yang sangat hebat telah dibatalkan oleh Muhyiddin. Projek yang membazir wang rakyat, iaitu pengubahsuaian yang mencecah RM38.5juta pula yang beliau luluskan. Rakyat sangat kecewa dengan PM ke 8 ini.


Sebaran :

Leave a Reply