Tebing runtuh, kereta jatuh tembok penahan (Video)

Tebing runtuh, kereta jatuh tembok penahan (Video)

GEORGETOWN: Sebuah kereta jatuh bersama apabila sebahagian daripada tembok penahan tebing dekat Lengkok Halia di sini, runtuh pagi tadi.

Punca kejadian pada jam 9.30 pagi itu belum dapat dipastikan.

Datuk Bandar Pulau Pinang, Datuk Yew Tung Seang, berkata pihaknya menyedari beberapa rekahan berlaku pada struktur tembok penahan itu semalam sebelum menasihatkan orang ramai supaya mengalihkan kenderaan masing-masing dari kawasan terbabit.

“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan pagi tadi, kami dapati enam kenderaan yang diletakkan bersebelahan dengan tembok penahan itu dengan lima pemilik berjaya diminta mengalihkan kenderaan masing-masing tetapi kami gagal berbuat demikian terhadap kenderaan keenam.

“Malangnya, sebahagian daripada tembok penahan runtuh, sekali gus menyebabkan kereta terbabit turut jatuh bersama,” katanya kepada NST, hari ini.

Rakaman selama 13 saat yang tular di media sosial menunjukkan tembok penahan itu tiba-tiba runtuh, menyebabkan sebuah Proton Saga yang berada di lokasi turut jatuh bersama.

Tung Seang berkata, pihaknya ketika ini menunggu laporan berhubung insiden terbabit daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sebelum merangka tindakan selanjutnya.

“Kita akan tunggu laporan penuh bagi menentukan punca di sebalik runtuhan tembok penahan ini.

“Memandangkan ini kawasan rizab JPS, mereka perlu membuat kerja-kerja pembaikan,” katanya.

Sementara itu, JKR Daerah Timur Laut menerusi kenyataan di Facebook mengumumkan penutupan laluan di bahagian belakang Lengkok Halia.

[videopress lEZLaLEz]

Katanya, tindakan itu berikutan mendapan permukaan jalan berdekatan laluan air di kawasan terbabit. BH

Tebing runtuh, kereta jatuh tembok penahan (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker