Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Hari ini, peguam saya telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi melakukan pemeriksaan ke atas lima pegawai terbabit atas alasan pihak LHDN gagal memberi butiran bagaimana pengiraan jumlah keseluruhan cukai dikenakan terhadapnya.

Tapi pihak peguam LHDN membantah permohonan saya itu dan hakim memberi masa kepada LHDN sehingga 13 Oktober untuk failkan bantahan mereka kenapa saya tidak patut diberitahu bagaimana taksiran PENALTI cukai RM1.7 bilion saya dikira.



Adakah seseorang yang kena penalti cukai tidak berhak untuk diberitahu bagaimana penalti itu dikira?

Adakah itu adil atau patut?

Sebab itu, saya telah membuat laporan polis apabila disalur maklumat bahawa penalti cukai saya sengaja disalah kira atas arahan orang politik dan pihak polis juga telah mengesahkan ada unsur pemalsuan dan telah mula menyiasat.

“22 Sept 2021: Bukit Aman sahkan buat siasatan laporan polis oleh Najib terhadap LHDN”



Mereka yang masih fitnah saya bahawa saya adalah pengkhianat negara yang lari dari bayar cukai perlu tahu bahawa affidavit PDRM sendiri untuk kes lucut hak (yang kerajaan kalah) ke atas saya telah mengesahkan bahawa saya tidak pernah lari dari membayar cukai setiap tahun.

Bagi tempoh 8 tahun dari 2011 hingga 2017, saya telah membayar cukai sebanyak RM1.15 juta.
NAJIB RAZAK

Takkan saya tak berhak tahu – Najib


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker