YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan

YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan

Tengku Adnan Tengku Mansor menyangkal dakwaan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjual tanah kepada syarikat miliknya.

Tengku Adnan berkata syarikat berkenaan, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), adalah milik kerajaan.



Dia berkata demikian sebagai mengulas sebuah rancangan televisyen dalam bahasa Cina yang mendakwa bahawa DBKL menjual tanahnya kepada syarikat Tengku Adnan pada tahun 2015.

YWP bertindak sebagai yayasan kebajikan tetapi berdepan kritikan kerana digunakan untuk tujuan politik.

Tengku Adnan adalah pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan kerana kedudukannya sebagai menteri Kementerian Wilayah Persekutuan.

Laporan Audit 2019 Siri 2, yang dibentangkan di Parlimen pada Selasa lalu, membidas YWP kerana menukar tanah milik DBKL berkenaan.



Meskipun Tengku Adnan tidak memiliki YWP, laporan audit tersebut menyatakan bahawa terdapat unsur-unsur percanggahan kepentingan.

Tanah yang terlibat itu terletak di Lot 37890 di sepanjang Jalan Radin Anum 1 di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Tanah seluas 1.052 hektar itu sepatutnya dijual kepada Pinnacles Homes SP Sdn Bhd pada harga RM30.48 juta.

Namun, pada tahun 2013 YWP menyatakan hasrat untuk membangunkan tanah tersebut kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur. Bagaimanapun, tujuan pembangunan tidak dinyatakan dengan jelas pada ketika itu.



Datuk Bandar hanya memaklumkan perkara berkenaan kepada Tengku Adnan melalui minit mesyuaratnya pada 23 September tahun yang sama.

Menurut laporan audit, Tengku Adnan kemudian bersetuju dengan cadangan YWP dan mengarahkan supaya surat pelepasan diperoleh daripada Syarikat Pinnacle Homes.

Tanah itu akhirnya dijual kepada YWP pada harga RM30.48 juta.

Namun begitu, pada 3 September 2015, hakmilik lot ini telah dipindah milik kepada Pinnacle Homes. Penjualan ini membolehkan YWP memperoleh keuntungan berjumlah RM5 juta.



“YB Menteri juga merupakan Pengerusi Syarikat YWP.”

“Pengarah Eksekutif Syarikat 152446-W dan Syarikat 828584-T (Pinnacle Homes) merupakan individu yang sama.

“Oleh itu, wujud percanggahan kepentingan yang membolehkan surat pelepasan dikeluarkan kepada Datuk Bandar,” kata laporan itu.

Laporan audit juga menyebut bahawa modus operandi yang sama digunakan oleh YWP bagi tanah Lot 1248 dan Lot 1254 sepanjang Jalan Imbi.



Bersama-sama penjualan tanah di Jalan Radin Anum 1, YWP mengaut keuntungan RM13.69 juta.

Menurut prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), YWP bukan milik Kementerian Wilayah Persekutuan atau DBKL tetapi membantu kedua-dua entiti berkenaan dalam menjalankan program sosial dan kebajikan.

PAC juga tidak dibenarkan untuk mengaudit YWP kerana badan itu tidak dianggap sebagai entiti awam.

Isu konflik kepentingan terhadap YWP juga menyebabkan Mahkamah Rayuan membatalkan persetujuan pembangunan tanah di Taman Tun Dr Ismail.



Bagaimanapun, Tengku Adnan menegaskan bahawa kesemua keputusan yang dibuat adalah demi kepentingan awam.

“Sebagai menteri tentunya saya bertanggungjawab untuk meluluskan apa-apa keputusan dalam kementerian saya yang semuanya dibuat adalah bersandarkan kepada kepentingan awam, kepentingan rakyat dan kepentingan masyarakat umum.

“Jika keuntungan peribadi yang dicari maka nilai wang bukanlah matlamat saya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dia juga memberi amaran akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang mendakwa bahawa YWP adalah miliknya.

“Apabila laporan audit menyebut Menteri Wilayah Persekutuan yang mewakili Yayasan Wilayah bukan bermakna ia adalah milik saya atau agenda peribadi saya.

“Ini kerana Yayasan Wilayah adalah milik kerajaan dan bukan hak personal saya.

Tengku Adnan didakwa menerima rasuah RM2 juta daripada pemaju pada 2016 tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan. Pihak pendakwaan sedang merayu kes tersebut. Mk

YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker