Fyna Jebat, Zainal Abidin masih berkawan

Fyna Jebat, Zainal Abidin masih berkawan

Penyanyi Fyna Jebat, 29, yang dilaporkan sudah bercerai dengan pemain legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin, 61, mengakui masih bersahabat dengan bekas suaminya itu.

Bagaimanapun, Fyna atau nama sebenar, Nur Syafinaz Jebat berkata, tumpuannya kini untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, selain gembira dengan kehidupan sekarang.

“Ya, masih bersahabat (dengan bekas suami).

“Tiada ada apa yang saya hendak kongsikan sebab saya mahu fokus kepada karier nyanyian. Mungkin kalau ada yang hendak panggil berlakon pun boleh juga.

“Alhamdulillah, saya gembira dengan kehidupan sekarang. Saya hanya meneruskan kehidupan seperti biasa dan apa yang penting, gembira,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, berita perceraian Fyna dan Zainal mula dihidu awal Mei lalu dan disahkan saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian.

Malah, Zainal ketika muncul sebagai tetamu program televisyen (TV), Nindia Bola terbitan Astro Arena turut mengakui sudah berpisah secara damai dengan adik penyanyi, Ayda Jebat itu.

Kontroversi membabitkan Zainal dan Fyna timbul selepas didakwa berkahwin secara rahsia pada awal tahun ini.

Sekian lama mengunci mulut, Fyna akhirnya mengesahkan statusnya sebagai isteri Zainal dalam satu sidang media ketika menyertai program realiti terbitan TV3, Famili Duo pada 9 Januari lalu.

Bagaimanapun, Zainal berstatus suami orang dan mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Datin Zalina Zaini pada 1980. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara itu, ditanya reaksinya terhadap kata-kata orang yang masih mengaitkan dirinya dengan cerita sensasi itu, Fyna berkata, dia tidak mampu berbuat apa-apa dan memilih tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Itu saya tak boleh hendak cakap apa dan kalau boleh tak mahu besar-besarkan lagi. Apa yang lepas itu biarkan.

“Sebenarnya, saya memang perlu sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan untuk lebih senang bekerja serta bergerak dalam industri,” katanya ditemui selepas tamat konsert Famili Duo (FD3) minggu keempat di Studio TV3, Glenmarie, di sini, semalam.

Mengulas imej baharu berambut pendek, Fyna menjelaskan, dia mahu kembali kepada imej lama ketika menjadi peserta program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim ke-9.

“Sebenarnya dari AF lagi saya sudah berambut pendek. Ini memang imej saya sebenarnya, jadi kembali balik kepada yang lama,” katanya. BH

Fyna Jebat, Zainal Abidin masih berkawan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah

5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker