Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah

PARIS – Seorang wanita di Perancis ditimpa sebutir meteorit ketika sedang menikmati minuman kopi di luar rumah bersama rakannya, lapor laman berita Wion News semalam.

Kejadian berlaku di kampung Alsace yang terletak di timur Perancis pada 6 Julai lalu.

Akhbar Les Dernieres Nouvelles d’Alsace (DNA) melaporkan, wanita itu sedang duduk di anjung rumah sambil berbual dengan rakannya apabila batu angkasa lepas itu mengenai  tulang rusuknya.



“Saya terdengar bunyi ‘poom’ dari atas bumbung rumah berhampiran. Selepas itu, saya merasakan kejutan pada tulang rusuk. Saya fikir ia haiwan, seekor kelawar.

“Kami sangka ia sekeping simen yang disapukan pada jubin bumbung tetapi tidak mempunyai warna,” kata wanita yang identitinya tidak didedahkan itu.

Menurutnya, meteorit tersebut melantun pada  bumbung dan mengenai dadanya,  mengakibatkan kesan lebam.

Dia kemudian membawa batu itu kepada seorang ahli geologi, Dr. Thierry Rebmann untuk diperiksa sebelum disahkan mempunyai unsur luar Bumi.



Rebmann berkata, meteorit itu mempunyai unsur besi dan silikon, manakala ia jarang jatuh menimpa manusia.

“Menemui meteorit adalah jarang tetapi untuk bersentuhan langsung dan ia menimpa manusia, perkara itu sangat jarang berlaku,” katanya. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London



DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker