Sanusi nak saman Saifuddin

Sanusi nafi didenda sebab curi nadir bumi (REE)

Sanusi nak saman Saifuddin

Menteri besar sementara Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dikenakan denda RM500,000 berhubung kes kecurian nadir bumi di Sik.

Dia juga bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang membuat dakwaan itu.



Pada sidang media hari ini, Sanusi mendakwa kompaun itu bukan dikeluarkan kepada dirinya atau Menteri Besar Diperbadankan (MBI) tetapi kepada pihak ketiga.

Menurut Sanusi, Tanah di Kampung Chong, Sik milik Jabatan Perhutanan negeri, jadi apabila MBI mahu menggunakan tanah itu ia memohon kepada jabatan tersebut.

“Satu permit penggunaan telah dikeluarkan atas nama MBI yang melantik satu syarikat usaha sama untuk membangunkan ladang hutan, bukan syarikat tersebut yang dikompaun.

“Yang dikompaun adalah pihak ketiga yang menceroboh dan melakukan kegiatan mencuri (REE).



“Dalam dokumen Pejabat Tanah dan Galian (PTG) terdapat nama individu yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965,” katanya lapor BH Online.

Jelas Sanusi, kompaun itu telah dikenakan ke atas seorang lelaki dari Kuala Krai, Kelantan.

Dia dilaporkan telah menunjukkan kepada media dokumen sokongan berkaitan kes itu.

Saifuddin membuat dakwaan itu terhadap Sanusi pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN-Pakatan Harapan Kedah pada Sabtu malam.



Sanusi merangkap pengarah pilihan raya PN berkata dakwaan itu berniat jahat.

“Saya juga tidak pernah terima surat saman atau kompaun (seperti yang dimaklumkan Saifuddin).

“Dia sebut saya disaman bukan lagi untuk (modal) berkempen tetapi mempamerkan kejahatannya,” katanya.

Sementara itu, Sanusi berkata akan mengambil tindakan undang-undang terhadap setiausaha agung PKR itu.



“Untuk tuduhan yang tidak benar ini saya telah mengarahkan pegawai saya untuk membuat laporan polis dan tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang, tak kira menteri tak menteri, saya akan saman.

“Tapi menuduh saya mencuri itu ‘clear cut’, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” kata menteri besar Kedah itu. Mk

Sanusi nak saman Saifuddin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hakim menangis dalam mahkamah

Mak saya dah Whatsapp Puteri Balqis tapi… , Qistina Raisah sedih



Suami tolak jumpa saya – Nabila Huda

Enam kereta dibakar lelaki mental dekat Bukit Tinggi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker