Jaguar yang dipinjamkan pada Anwar tidak menggunakan dana Yayasan Aman

Jaguar yang dipinjamkan pada Anwar tidak menggunakan dana Yayasan Aman

Yayasan Aman tidak membelanjakan sebarang wang untuk Jaguar XJ yang pernah digunakan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Setiausaha politik Anwar, Ahmad Farhan Fauzi berkata kenderaan berusia 13 tahun adalah sumbangan kepada yayasan itu oleh seorang simpatisan dan penyokong gerakan “reformasi” pada 2020.



“Ia (kereta itu) digunakan oleh Anwar semasa beliau tidak menjawat apa-apa jawatan di dalam pentadbiran kerajaan.

“Walaupun didaftarkan di atas nama Yayasan Aman, kos penyelenggaraan kereta tersebut berserta insurans dan cukai jalan adalah ditanggung oleh Anwar dengan menggunakan duit peribadi beliau dan tiada langsung dana dari Yayasan Aman digunakan untuk kenderaan tersebut,” kata Ahmad Farhan menerusi satu kenyataan, hari ini.

Yayasan Aman adalah sebuah pertubuhan bukan berteraskan keuntungan yang komited untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik; yang terpinggir di kawasan bandar dan luar bandar.

Ia ditubuhkan oleh Anwar pada 1983 – ketika dilantik sebagai menteri belia dan sukan dan setahun selepas dia dipilih sebagai wakil rakyat.



Ahmad Farhan turut menjelaskan bahawa kereta jenis BMW 7 Siri yang sebelum ini digunakan Anwar juga dipinjamkan oleh seorang ahli perniagaan bumiputera.

“Ia adalah pinjaman ihsan seorang ahli perniagaan bumiputra yang digunakan untuk kempen pilihanraya (PRU15 pada 2022) semata-mata dan kenderaan tersebut telah dipulangkan kepada ahli perniagaaan tersebut sejurus selepas Anwar menerima kereta rasmi kerajaan,” katanya.

Semalam, Ahmad Farhan membuat laporan polis terhadap anggota Bersatu Badrul Hisham Shaharin, bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan penulis blog Raggie Jessy Rithaudeen berhubung dakwaan mengenai rumah, kenderaan dan harta benda Anwar.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa rumah di Sungai Long yang didiami Anwar adalah milik “tauke Cina yang penuh misteri” dan mahu SPRM menjalankan siasatan.



Peguam Anwar, SN Sankara Nair juga tampil menjelaskan bahawa perdana menteri menandatangani perjanjian pajakan selama 10 tahun untuk mendiami rumah berkenaan.

Katanya perjanjian tersebut ditandatangani pada 2020.

Dalam laporan polisnya, semalam, Ahmad Farhan menggesa polis menggunakan Seksyen 500 Kanun Keseksaan terhadap ketiga-tiga mereka kerana melakukan fitnah jenayah.

Namun laporan polis itu mendapat kritikan daripada Timbalan Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu Sasha Lyna Abdul Latif yang mendakwa Anwar sepatutnya memfailkan saman fitnah bagi mempertahankan dirinya dan , bukannya melibatkan polis dalam perkara itu. Mk



Jaguar yang dipinjamkan pada Anwar tidak menggunakan dana Yayasan Aman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker