Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander
Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander
Penyanyi lagenda rock tanah air, Datuk Amy Search menitipkan doa buat anak lelakinya Alexander Zulkarnain yang kini mencecah usia 18 tahun agar berjaya mengejar impiannya.
Menerusi perkongsian di Facebook, Amy memberi gambaran bahawa anaknya itu akan melanjutkan pelajaran dan disebabkan itu mereka akan berpisah buat sementara waktu.
Bagaimanapun, kata Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abddul Rahman, dia berbangga melihat anaknya membesar dan mempunyai impian yang ingin digapai.
Tak lama lagi anak burung ini (Alexander) akan meninggalkan sarang (rumah), begitu lah aku lihat anak ini semua. Dah hampir tiba seorang demi seorang akan keluar mencari impian kebahagiaan sendiri.
Begitu lah daddy dulu. Impian besar datang bersama dugaan yang besar. Mengimpikan besar itu bermaksud awak sudah berani untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di luar sana.
Dalam masa sama, Amy berkata tiada sehari pun dirinya terlupa untuk mendoakan kebahagian anak-anak serta cucunya.
Believe in yourself dengan apa yang diimpikan. Sentiasa berdoa pada Allah S.W.T sebagaimana daddy doakan tanpa sehari pun terlupa untuk anak dan cucu.
Harinya akan tiba Alexander dah tiada di depan mata, hanya doa dan akan berkorban apa saja. Semoga Allah sentiasa melindungi awak dan beri Alexander yang terbaik.
Untuk rekod, Amy mendirikan rumah tangga pertama bersama Faridah pada 1983 sebelum disahkan bercerai pada 1985. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang juga pelakon popular, Nabila Huda.
Amy kemudian mendirikan rumah tangga kedua bersama Noorliza Abdul Latiff pada 1990 sebelum bercerai pada 1994, namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Pada 1995, Amy berkahwin sekali lagi dengan Roslisa Ahmad, namun bercerai pada 2000. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Irisha Myra yang kini berusia 26 tahun.
Selepas itu, Amy mendirikan rumah tangga kali ke empat bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 18, Sania Samara, 17, dan Qaqa At-Tameemi, 13 tahun.
Sumber: Facebook
Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander
Baca Artikel Menarik:
- Broker hartanah mati dikerat, mayat disumbat dalam peti sejuk
- Amirudin bukan pandai memerintah – Sanusi
- SPRM buru Justin Lim
- Bekas isteri pelawak buka tudung selepas bercerai
- Cik Pia datang terjah, Boss Kay dakwa bekas isteri psiko (Video)
- Afdlin Shauki sudah berkahwin?
- Bapa durjana rogol 2 anak, seorang hamil
- Suami paksa isteri pakai macam ‘Pornstar’ akibat ketagih pornografi
- Jihan, Elly bermasam muka?
- Zafrul bidas Mahathir, ‘Saya menteri bukan SUA Mahathir’
- Sanusi buka rahsia PAS Kedah dengan Mukhriz
- Banglo mewah, ‘Sanusi habaq bukan dia punya’
- Chegubard gesa siasat rumah Anwar didakwa milik ‘tauke misteri’
- Bibir murid digigit guru, beri ruang pihak berkuasa siasat – Fadhlina
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami mati baru berkabung masa iddah – Puteri Sarah
Sajat kau tayanglah body macam mana pun, kau tetap lelaki