Jihan, Elly bermasam muka?

Jihan, Elly bermasam muka?

Penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, 42, menegaskan hubungannya bersama-sama Jihan Muse berada dalam keadaan baik.

Menurut Elly atau lebih mesra disapa Kak lina, mereka saling memberi sokongan dan membalas mesej sekali gus menafikan hubungan mereka dingin seperti didakwa beberapa pihak.



“Tiada istilah kekok kerana saya dan Jihan berkawan. Walaupun saya pernah menggantikan tugasnya sebagai pengacara program Gegar Vaganza bersama Nabil kerana Jihan mengandung ketika itu, tidaklah sampai kami bermasam muka.

“Kami tiada masalah apa-apa, kami juga saling mengirim mesej antara satu sama lain,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pertama kali diberi tanggungjawab mengendalikan pentas program realiti Big Stage musim kelima bersama-sama Rina Nose, Kak Lina lega kerana keadirannya diterima sangat baik oleh penonton.

“Apapun saya bersyukur kerana kehadiran saya dan Rina diterima baik oleh penonton.



“Susah sebenarnya menggalas tanggungjawab untuk menggantikan tempat pengacara sebelum ini. Jadi apabila kita diterima oleh penonton, kami sangat gembira,” tambahnya.

Jihan, Elly bermasam muka?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi



Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker