‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Penyanyi Putera Muhammad tampil memohon maaf selepas dikritik netizen tentang isu seluar ketat yang digayakannya semasa konsert final program Big Stage musim kelima (BS5), malam tadi.

Menerusi komen yang ditulis netizen dalam media sosial, rata-rata menegur penampilan seluar jenis kulit berwarna hitam Putera kerana dikatakan terlalu ketat sehingga kelihatan dengan jelas bonjolan pada bahagian kemaluannya.

Ujar Putera atau nama lengkapnya Putera Muhammad Shamsull Kamar, 31, dia tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa memakai seluar itu yang diterimanya pada saat akhir.



“Sebenarnya itu seluar kecemasan. Saya tak sempat nak periksa betul-betul sehingga terlepas pandang. Sehubungan itu, saya memohon maaf kepada mereka yang kurang senang dengan penampilan saya di pentas final,” kata Putera kepada Kosmo! Online.

Jelas penyanyi yang mempertaruhkan imej rock itu lagi, dia hanya menerima seluar jenis kulit itu kira-kira tiga jam sebelum konsert akhir berlangsung, malam tadi.

Ujar pemenang tempat ketiga BS5 itu lagi, pergerakannya yang lincah di atas pentas mungkin menyebabkan bonjolan pada bahagian kemaluannya kelihatan jelas dan menafikan sengaja berbuat demikian.

“Seluar itu saya terima kira-kira pada pukul 6 petang. Ketika saya mencubanya, okey sahaja. Tapi mungkin disebabkan pergerakan yang lincah ketika di atas pentas, nampak ‘benda’ yang tidak sepatutnya.



“Saya minta maaf. Bukan saya sengaja pun,” katanya yang membawakan lagu Fantasia Bulan Madu ketika konsert akhir BS5, malam tadi.

Bercakap tentang kemenangannya mendapat tempat ketiga BS5, Putera berasa sangat berpuas hati, walaupun namanya disebut-sebut antara calon yang diramal menjadi juara.

“Selepas saya habis membuat persembahan, saya hanya berserah pada penilaian juri. Apa-apa pun, saya sangat berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan.

“Apa yang saya rancang untuk konsert final BS5 semuanya berjalan lancar,” katanya.



BS5 yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam malam tadi menyaksikan penyanyi Nadeera Zaini dijulang sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, trofi dan peluang merakamkan sebuah lagu dari komposer antarabangsa, Hyuk Shin.

Tempat kedua menjadi milik peserta dari Indonesia, Waode (RM30,000 dan trofi) dan tempat ketiga, Putera Muhammad (RM25,000 dan trofi)

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sayang abang haji Zul

Senaman terbaik untuk hubungan seks



Iqbal dedah sebab utama jumpa Inspektor Sheila

Pekerja kilang diarah tanggal pakaian



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker