Senaman terbaik untuk hubungan seks
Senaman terbaik untuk hubungan seks
Pernah tak kamu lakukan senaman atau regangan sebelum berhubungan seks?
Untuk pengetahuan kamu, senaman ringkas sebelum hubungan seks boleh meningkatkan dan memperbaiki hubungan antara kamu dan pasangan. Bukan itu sahaja, senaman ini agak penting kerana ia boleh mengelakkan kamu dan pasangan berada dalam situasi yang menyakitkan atau kekejangan.
Sekiranya kamu tak pernah lakukan sebarang senaman sebelum hubungan seks, Miss Murai syorkan kamu ikuti beberapa senaman yang dikongsikan oleh Chelsea Streifeneder iaitu seorang jurulatih pilates.
#1 BUTTERFLY
Ketika melakukan senaman ini, kamu boleh rasakan banyak regangan di bahagian dalam kaki.
Baring di permukaan rata, bengkokkan lutut dan tapak kaki di permukaan lantai.
Kemudian buka lutut dan jatuhkan ke sisi sambil kamu tempelkan tapak kaki kanan dan kiri.
Balik ke posisi dan ulang beberapa kali.
(Kalau mahukan lebih regangan, letakkan tangan di sisi semasa membuka lutut dan jatuhkan ke sisi.)
#2 SIDE SPLIT
Untuk posisi ini, pastikan kamu tidak bergoyang dari sisi ke sisi atau sebelah kaki jatuh terlebih dahulu berbanding sebelah lagi.
Baring di permukaan yang rata.
Angkat kaki ke arah siling dan letakkan tangan kamu dalam keadaan “T” di permukaan lantai.
Jatuhkan kaki ke sisi secara perlahan-lahan dalam posisi side split.
Tahan seketika dan kembali ke posisi asal.
Nak rasa lebih regangan, kamu boleh lenturkan kaki ke belakang badan.
Jika memerlukan lebih banyak sokongan, kamu boleh gunakan dinding.
#3 KNEE DROPS
Tujuan posisi senaman ini adalah untuk ‘melepaskan’ bahagian bawah badan daripada tekanan supaya kamu dapat berehat dan tenang ketika melakukan hubungan seks.
Baring di permukaan rata, bengkokkan lutut dan tapak kaki memijak lantai.
Tutup mata untuk rehatkan minda dan badan.
Ayunkan lutut ke kanan dan kembali ke posisi asal.
Kemudian, ayunkan pula lutut ke kiri dan kembali ke posisi asal.
#4 STANDING TOE TOUCH
Senaman Standing Toe Touch ini membantu kamu meregangkan hamstring dan menenangkan bahagian bawah badan.
Tolak tangan ke atas dan angkat bahu.
Kemudian, perlahan-lahankan bengkokkan badan ke depan sehingga capai jari kaki.
Apabila kamu menyentuh jari kaki, tahan seketika sambil gelengkan kepala dalam keadaan “Ya” dan “Tidak” beberapa kali.
Tolak badan ke belakang perlahan lahan untuk kembali ke posisi asal.
Sebelum lakukan senaman ini, ada beberapa perkara penting yang perlu kamu tahu:
Lakukan senaman ini sekali sehari.
Tarik nafas dalam-dalam dan tahan sekurang-kurangnya 30 saat (atau lebih jika mampu).
Jangan memaksa badan jika tidak mahu badan menjadi sakit atau terlampau letih ketika melakukan senaman ini.
Selamat mencuba! Mr
Senaman terbaik untuk hubungan seks
Baca Artikel Menarik:
- Sertai PN, MCA jawab NO
- Nora Danish pakai tudung pemberian arwah Siti Sarah
- Mahathir, Muhyiddin dan Hadi guna sentimen agama, kaum pancing undi
- Najib sendiri minta penyokongnya sokong kerajaan perpaduan – Zahid
- Anwar, Elon Musk adakan pertemuan minggu hadapan
- Budak maut didera kerana muntah atas sofa
- Kes Samun: Bekas pemain bola sepak Liga Super ditahan polis
- Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan KBS dipenjara 15 tahun, didenda RM284.2 juta
- Kontroversi penyondol tidak merisaukan Sophia
- Sanusi ‘pukul rapat’ Mukhriz
- Hukum keluar air mazi ketika solat
- Dato Seri Vida Cium Mulut Cik B Pulak Dah
- Shila Amzah dihasut tinggalkan Ubai
- Diskaun 50% tiket ETS sepanjang Julai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar
Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib